Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan STB diharap pelopori transforma­si pelanconga­n

Pemain industri pelanconga­n digalak lebih kreatif dalam promosi termasuk melalui platform digital

-

KUCHING: Kakitangan Lembaga Pelanconga­n Sarawak ( STB) diharap dapat melihat dan melangkaui skop kerja mereka serta menjadi pelopor dalam mentransfo­rmasikan industri ke arah lebih tinggi.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemain industri pelanconga­n digalak lebih kreatif dalam pendekatan promosi mereka termasuk melalui platform digital sebagai pilihan kepada Lembaga.

“Anda semua diberi tanggungja­wab dan Kementeria­n serta agensinya akan menyokong anda dalam perniagaan promosi utama anda.

“Baru- baru ini kita telah menyaksika­n kemajuan dalam industri termasuk peningkata­n perhubunga­n

Anda semua diberi tanggungja­wab dan Kementeria­n serta agensinya akan menyokong anda dalam perniagaan promosi utama anda. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

dari luar dan kita tidak berhenti di situ sahaja sebaliknya terus menjadikan industri lebih menarik” katanya pada pertemuan pertamanya dengan kakitangan STB di sini, kelmarin.

Beliau positif bahawa hubungan kerja yang baik dengan rakan-rakan pelanconga­n termasuk ejen, syarikat penerbanga­n, pemilik hotel dan pemilik produk memperliha­tkan prestasi industri yang berterusan.

Pada masa yang sama Karim menggesa rakan pelanconga­n meneliti potensi pelanconga­n sukan, yang telah menunjukka­n kebangkita­n baru-baru ini.

“Kita berasa gembira kerana mempunyai acara sukan antarabang­sa yang dirancang untuk tahun depan dan potensi untuk membawa nama besar dan personalit­i perlu dimanfaatk­an dalam mempromosi­kan negeri ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan sokonganny­a terhadap pelantikan Hii Chang Kee sebagai setiausaha tetap kementeria­n yang baharu.

“Saya yakin beliau sangat membantu dalam banyak cara untuk membawa kementeria­n serta negeri ke tahap lebih tinggi,” tegasnya.

Sementara itu beliau turut mendedahka­n bahawa Sarawak menerima lebih 4.421 juta kedatangan pelawat setakat November 2017 iaitu peningkata­n 6.5 peratus dari tahun sebelumnya.

“Kita amat gembira jika dapat mencapai sasaran 5 juta tetapi tahun ini kita menetapkan sasaran 5.2 juta kedatangan pelancong,” katanya.

Hadir sama Pengerusi STB Datuk Abdul Wahab Aziz serta ahli lembaga lain.

 ??  ?? PERTEMUAN: Karim bersama kakitangan STB beraksi semasa sesi pertemuan beliau bersama mereka di Kuching, kelmarin.
PERTEMUAN: Karim bersama kakitangan STB beraksi semasa sesi pertemuan beliau bersama mereka di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia