Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik flat dapat hak milik strata dalam tempoh dua tahun

-

KUCHING: Pemilik flat di Taman Flora Indah (Arang Road) akan mendapat hak milik strata mereka dalam tempoh dua tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) berusaha keras untuk mendapatka­n hak milik strata dalam tempoh masa tersebut.

Menurutnya, lapan blok dengan 576 unit yang tidak kurang daripada 15 tahun tidak mendapat hak milik strata dan telah dipolitikk­an oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa.

“HDC berusaha keras untuk mengeluark­an surat hak milik strata dalam tempoh dua tahun ini.

“Pengeluara­n hak mi- lik strata bukan mudah kerana ia perlu mematuhi Ordinan Hak Milik Strata yang ketat.

“Tetapi, saya boleh mengatakan hak milik strata akan dikeluarka­n dalam tempoh dua tahun ini,” kata Lo yang juga pengerusi Majis Perbandara­n Padawan (MPP) pada sidang media semalam.

Sidang akhbar di pejabat MPP di Kota Padawan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohamad Asman Ahmad dan Pegawai Perhubunga­n Awam HDC Ali Omar Su’ut.

Lo menggesa pemilik flat tersebut untuk tidak memperbesa­rkan premis mereka secara haram yang boleh menjejaska­n pengeluara­n hak milik.

Lo memberi amaran bahawa majlis akan merobohkan premis haram itu jika nasihat tidak didengari.

Sementara itu, Mohamad berkata sekurangku­rangnya enam langkah perlu diikuti sebelum hak milik strata diperolehi.

“Ia mungkin mengambil masa sebulan atau beberapa bulan untuk menangani setiap langkah bergantung kepada situasi.

“Kami (HDC) sedang bekerja keras untuk menyelesai­kan masalah yang bukan sahaja untuk flat (Taman Flora Indah) tetapi juga, di seluruh negeri ini,” katanya.

Terdapat 14 projek flat di bawah HDC di seluruh negeri.

Sementara itu, beliau berkata pembinaan fizikal projek flat lapan tingkat dengan 443 unit di Landeh, Kota Padawan akan bermula pada Mac tahun ini.

Projek bernilai RM85 juta itu dijadualka­n siap pada November 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia