Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan pelajar khas tidak terpinggir: Teng

-

SARIKEI: Semua pihak sewajarnya memainkan peranan dalam memastikan golongan pelajar tidak terpinggir dalam arus perdana pendidikan negara.

Sistem pendidikan khas haruslah mudah diterima, sekali gus mencapai misi dan visi untuk memberi pendidikan kepada golongan tersebut bagi membolehka­n tahap pencapaian paling maksimum.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo berkata, definisi dan konsep pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas.

“Mereka termasuk golongan yang mempunyai masalah penglihata­n, pendengara­n, pembelajar­an dan pintar cerdas.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke kelas pelajar pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Haji Mathahir, semalam.

“Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembang­an, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembang­an.

“Jesteru falsafah pendidikan khas di Malaysia adalah usaha berterusan untuk melahirkan i nsan berkemahir­an, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruska­n kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

“Kita perlu sedar tanggungja­wab dalam memberikan pendidikan kepada golongan ini bukan hanya tugas warga pendidik, tetapi merangkumi dan melibatkan semua pihak.

“Kita yakin dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, sekali gus objektif dan matlamat untuk memberikan pendidikan kepada golongan ini dapat mencapai sasaran- nya,” tegas Teng.

Ketibaan Teng di sekolah tersebut disambut Guru Besarnya Hishamudin Gimin serta warga pendidik yang lain.

 ??  ?? PRIHATIN: Teng mengadakan lawatan ke kelas pelajar pendidikan khas di SK Abang Haji Mathahir di Sarikei, semalam.
PRIHATIN: Teng mengadakan lawatan ke kelas pelajar pendidikan khas di SK Abang Haji Mathahir di Sarikei, semalam.
 ??  ?? AMBIL BERAT: Gambar fail menunjukka­n Wong (dua kiri) bersama yang lain ketika melaksanak­an Kempen Keselamata­n Kebakaran di Rumah Dieo Kanyan, Tanjung Penasu hujung tahun lepas.
AMBIL BERAT: Gambar fail menunjukka­n Wong (dua kiri) bersama yang lain ketika melaksanak­an Kempen Keselamata­n Kebakaran di Rumah Dieo Kanyan, Tanjung Penasu hujung tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia