Utusan Borneo (Sarawak)

Media sangat penting dalam masyarakat: SUPP

-

SIBU: Peranan media sangat penting dalam kehidupan harian masyarakat pada masa kini,

Timbalan Presiden II Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Chieng Buong Toon berkata, masyarakat global masih memilih media sebagai keperluan utama sama ada dalam bentuk cetak mahupun dalam talian.

“Semua orang memerlukan bahan berita seperti surat khabar atau gajet untuk jenis berita dalam talian.

“Justeru, peranan media ini dilihat kekal relevan kerana seiring dengan perubahan teknologi,” katanya semasa berucap pada Malam Media anjuran SUPP Sibu melibatkan lima cawanganny­a iaitu Bawang Assan, Bukit Assek, Dudong, Nangka dan Pelawan sempena meraikan para wartawan di sini, malam kelmarin.

Majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini turut dihadiri Ketua Pemuda SUPP merangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Chin Yong dan Kelvin Kong, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukit Assek Joseph Chieng, Pengerusi SUPP Cawangan Nangka Benson Chua, Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan Kaunselor Robert Lau serta para pemimpin SUPP dari peringkat cawangan tersebut.

Chieng yang j uga pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek memberitah­u, organisasi media kini banyak berubah sejajar dengan teknologi di hujung jari yang telah mengubah cara penyaluran berita dengan memperkena­lkan berita jenis dalam talian.

“Media tetap menjadi pilihan walaupun wujudnya laman media sosial seperti Facebook.

“Ini menunjukka­n media adalah satu jenis perniagaan yang berkembang pesat dan diyakini mempunyai masa depan yang cerah.

“Tanpa media kita tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling kita, baik di dalam negara mahupun di luar negara,” jelasnya.

 ??  ?? MERAIKAN MEDIA: Chieng (duduk, empat kanan) bersama barisan pemimpin parti merakam kenangan bersama para wartawan pada Malam Media anjuran SUPP di Sibu, kelmarin.
MERAIKAN MEDIA: Chieng (duduk, empat kanan) bersama barisan pemimpin parti merakam kenangan bersama para wartawan pada Malam Media anjuran SUPP di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia