Utusan Borneo (Sarawak)

UPP Sibu lancar projek perintis Hyprex di rumah panjang

-

SIBU: Lembaga Perkhidmat­an Komuniti Parti Rakyat Bersatu ( UPP) Sibu akan melancarka­n projek perintis alat pemadam api mudah alih Hyprex di dua rumah panjang selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengerusin­ya Datuk Andrew Wong berkata, dua rumah panjang yang terpilih ialah Rumah Lidwina Mathew di Nanga Tutus dan sebuah lagi rumah panjang di kawasan Dudong.

“Ini bermakna pada penghujung Februari, kita akan membuat percubaan dahulu dan perancanga­n kita adalah membekalka­n setiap pintu rumah panjang dengan alat pemadam api mudah alih ini.

“Kita akan memberi tunjuk ajar cara memadamkan api dengan menggunaka­n alat pemadam api Hyprex ini yang amat mudah digunakan,” ujarnya kepada pemberita, baru-baru ini.

Menurut Wong, alat pemadam api Hyprex menggunaka­n teknologi Switzerlan­d dan mampu bertahan selama tiga tahun.

Selepas tiga tahun katanya, alat pemadam api berkenaan perlu diperiksa untuk menentukan sama ada ia masih boleh digunakan atau tidak.

“Jangka hayat maksimum alat ini ialah lima tahun.

“Selepas tiga tahun, sekiranya lulus pemeriksaa­n, alat pemadam ini masih boleh digunakan untuk tempoh dua tahun lagi,” ujar Wong.

Dalam pada itu, Wong yang juga pengerusi Rancangan Sibu 1 (RS1) berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti semua rumah panjang yang mempunyai dan tidak mempunyai pili bomba.

Bagi rumah panjang yang tidak mempunyai pili bomba katanya, merekaakan­memberi alat pemadam api mudah alih Hyprex itu.

“Bagi rumah panjang yang mempunyai pili bomba, kita akan meminta pihak bomba membuat pemeriksaa­n bagi memastikan ia berfungsi.

“Selepas itu, kita akan memberikan hos untuk disambung ke pili bomba ini untuk digunakan penduduk rumah panjang ketika waktu kecemasan,” ujarnya.

Di bawah RS1, sejumlah RM1 juta diperuntuk­kan bagi menyedia dan membekalka­n alat pemadam api, terutama di kawasan luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia