Utusan Borneo (Sarawak)

Lions Miri sumbang makanan kepada murid SK Anchi

-

MIRI: Dalam usaha menyumbang kembali kepada masyarakat setempat, Kelab Lions Antarabang­sa District 208- A2 Zone 8 memberi sumbangan berupa makanan kepada 100 murid SK Anchi di sini semalam.

Kelab Lions Antarabang­sa berkenaan merangkumi Lions Club of Miri Host, Lions Club of Miri Central, Lions Club of Marudi Mandarin, New Century Lions Club of Miri Resort City dan Lions Club of Miri Seahorse.

M a j l i s p e n y e r a h a n sumbangan dilaksanak­an Pegawai Bertugas (Presiding Officer) merangkap pengerusi penganjur Cathlyn Boon.

Turut hadir Gabenor District 308-A2 Zone 8 Pelly Lee dan Guru Besar SK Anchi Abdul Azi Taiee.

M e n u r u t C a t h l y n , program terbabit di bawah projek ‘Centennial Service Relieving The Hunger 2018’ yang turut sempena sambutan ke-100 organisasi berkenaan berkhidmat untuk kesejahter­aan komuniti dan pembanguna­n masyarakat di seluruh dunia.

“Kami juga membantu murid daripada keluarga kurang berkemampu­an di sekolah ini sejak empat tahun lalu melalui projek ‘Relieving The Hunger’.

“Diharap sumbangan yang disampaika­n ini sedikit sebanyakda­patmengura­ngkan beban keluarga murid-murid tersebut,” jelasnya.

Katanya, tahun ini pihaknya menyumbang 200 kampit beras, 100 karton telur, 200 bungkus gula dan 200 bungkus mi segera.

Pelajar yang menerima masing- masing daripada keluarga berpendapa­tan kurang RM1,000 dengan tanggungan lebih dua anak.

“Dalam masa sama, kami ingin berterima kasih kepada penajayang­telahmenyu­mbang bantuan ini bagi menjayakan program tersebut,” ujarnya sambil melahirkan harapan agar masyarakat setempat terus menyokong organisasi berkenaan dalam membantu mereka yang memerlukan.

 ??  ?? BANTUAN: (Berdiri lima kiri) Cathlyn menyampaik­an sumbangan kepada ibu salah seorang murid sambil disaksikan Pelly (tengah) serta ahli jawatankua­sa Kelab Lions Antarabang­sa yang lain di SK Anchi semalam.
BANTUAN: (Berdiri lima kiri) Cathlyn menyampaik­an sumbangan kepada ibu salah seorang murid sambil disaksikan Pelly (tengah) serta ahli jawatankua­sa Kelab Lions Antarabang­sa yang lain di SK Anchi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia