Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran akibatkan kerugian RM5.2b

-

PUTRAJAYA: Nilai kerugian dan kemusnahan harta benda akibat kebakaran di seluruh negara pada tahun lepas meningkat sebanyak 81.8 peratus kepada RM5.2 bilion berbanding RM2.87 bilion pada 2016.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata walaupun jumlah panggilan kecemasan yang diterima jabatan itu turun 6.12 peratus berbanding 2016, peningkata­n nilai kerugian disebabkan antaranya kenaikan nilai hartanah dan kejadian kebakaran melibatkan kilang.

Justeru katanya pada tahun ini JBPM akan melatih pasukan respons kecemasan di kilang-kilang di seluruh negara sebagai pasukan bertindak awal menangani insiden di tempat kerja.

“Setakat ini kita telah mengenal pasti kira-kira 40,000 pekerja dalam industri untuk dilatih,” katanya kepada media selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2018 JBPM, di sini semalam.

Katanya taksiran harta yang berjaya diselamatk­an JBPM pada tahun lepas turut meningkat sebanyak 42.3 peratus kepada RM50.97 bilion berbanding RM35.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Wan Mohd Nor berkata sebanyak 165 kematian akibat kebakaran direkodkan di seluruh negara pada tahun lepas, meningkat 54 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata peningkata­n angka kematian itu berikutan kejadian kebakaran serius melibatkan jumlah kematian besar seperti kebakaran di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Kuala Lumpur.

“Apa yang kita boleh pelajari daripada kejadian tersebut ialah jangan sesekali ambil mudah aspek keselamata­n. Jika perlukan khidmat nasihat sila rujuk JBPM,” katanya.

Dari segi masa tindak balas terhadap panggilan kecemasan dalam tempoh kurang daripada 10 minit, JBPM berjaya meningkatk­an petunjuk prestasi utama (KPI) kepada 47 peratus berbanding 45.02 peratus pada 2016, katanya.

Pada tahun ini, katanya JBPM menyasarka­n KPI tersebut ditingkatk­an kepada 48.5 peratus melalui penambahan 20 buah balai bomba baharu kepada jumlah sedia ada sebanyak 289 buah.

Ditanya mengenai pemeriksaa­n JBPM di 1,238 maahad tahfiz di seluruh negara yang selesai pada Oktober 2017, Wan Mohd Nor berkata pihaknya akan membuat pemeriksaa­n semula selepas kerja- kerja penambahba­ikan di bawah Bajet 2018 selesai.

Katanya peruntukan RM30 juta untuk menambah baik maahad tahfiz yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas digunakan untuk kerja-kerja pendawaian dan membeli peralatan memadam kebakaran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Wan Mohd menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Jururawat Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Norsuhaily Saliman@Suleiman sempena Perbarisan Tahunan Tahun 2018 di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Wan Mohd menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Jururawat Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Norsuhaily Saliman@Suleiman sempena Perbarisan Tahunan Tahun 2018 di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia