Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS mahu Skim Pencen dikekalkan, gaji dinaikkan Gaji penjawat awam tidak mampu tangani kos sara hidup meningkat

-

KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) berharap kerajaan tidak memansuhka­n Skim Pencen kerana beranggapa­n gaji yang dibayar sekarang tidak mencukupi untuk menjadi tabungan masa hadapan mereka.

Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata CUEPACS amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menambah pelbagai insentif kepada pesara polis, barubaru ini.

“Pada masa sama kerajaan juga diharap memberi pertimbang­an yang sama kepada pesara kerajaan yang lain kerana mereka juga perlu dibantu,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Transforma­si Perkhidmat­an Awam: Isu dan Cabaran Penjawat Awam di Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.

Azih berkata buat masa sekarang terdapat kira-kira 750,000 pesara kerajaan di negara ini dan masih menerima pencen.

Pada masa yang sama, berdasarka­n hasil kajian yang dilakukan CUEPACS mendapati gaji penjawat awam tidak mampu menangani kos sara hidup yang kini semakin meningkat.

Katanya apatah lagi sekiranya diambil isu kos untuk pembelian rumah yang tidak boleh dianggap sebagai perkara kesampinga­n kerana setiap orang yang ingin memulakan kehidupan berkeluarg­a, mesti memiliki rumah.

“Hari ini perkhidmat­an penjawat awam kita diiktiraf di seluruh dunia malah perkhidmat­an penjawat awam kepada rakyat, negara dan kerajaan memenuhi harapan yang diberikan.

“B e r d a s a r k a n i t u , CUEPACS meminta perhatian kerajaan supaya memberi pertimbang­an atas cadangan dan tuntutan oleh CUEPACS berkaitan pemberian kerajaan ke atas satu kenaikan gaji untuk penjawat awam,” kata Azih.

Beliau berkata, CUEPACS berharap pemberian satu kenaikan gaji itu didahuluka­n kerana ini sahaja cara membantu kedudukan pergajian mereka dan membantu mereka untuk merancakka­n industri hartanah negara.

“Banyak projek perumahan dilaksanak­an kerajaan seperti Rumah Mampu Milik, Rumah Prima, MyHome dan sebagainya tetapi dengan gaji mereka sekarang masih tidak mampu membelinya,” katanya.

Azih berkata adalah wajar dan bertepatan agar kerajaan memberi pertimbang­an satu insentif kenaikan gaji dan ini adalah harapan seluruh kakitangan awam di seluruh negara pada awal tahun ini. — Bernama

Banyak projek perumahan dilaksanak­an kerajaan seperti Rumah Mampu Milik, Rumah Prima, MyHome dan sebagainya tetapi dengan gaji mereka sekarang masih tidak mampu membelinya. Datuk Azih Muda Presiden CUEPACS

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Sabri (tengah) melihat isi kandungan buku ‘Coffee Table’ Ismail Sabri - Membandark­an Luar Bandar pada majlis Amanat Tahun Baharu 2018 Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Putrajaya semalam. Turut hadir Alexander (dua kiri)...
— Gambar Bernama TERTARIK: Sabri (tengah) melihat isi kandungan buku ‘Coffee Table’ Ismail Sabri - Membandark­an Luar Bandar pada majlis Amanat Tahun Baharu 2018 Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Putrajaya semalam. Turut hadir Alexander (dua kiri)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia