Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi tangkap anjing liar di Sibu dilancar

Kekang penularan rabies susulan tiga kes terbaharu direkod di Julau baru-baru ini

- Oleh Andy Sabang

Adalah mustahak bagi kita untuk memastikan Sibu bebas atau sifar kes penularan wabak rabies.

SIBU: Operasi menangkap anjing liar peringkat bahagian Sibu dilancarka­n semalam bagi mengekang penularan penyakit anjing gila atau rabies susulan tiga kes terbaharu direkodkan di daerah Julau baru-baru ini.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee ketika mengumumka­n perkara itu berkata, dua daripada kes tersebut dilaporkan berlaku pada 30 Disember 2017 manakala satu lagi kes direkodkan pada 8 Januari lalu.

Dr Annuar berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut memandangk­an daerah Julau hanya 50 kilometer dari Sibu.

“Adalah mustahak bagi kita untuk memastikan Sibu bebas atau sifar kes penularan wabak rabies,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kawalan Penyakit Rabies Bahagian

Dr Annuar Rapaee Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi

Sibu di Pejabat Residen Sibu di sini, semalam.

Menurut Dr Annuar, tumpuan operasi itu lebih terarah kepada penangkapa­n anjing liar untuk diambil sampel bagi mengetahui sama ada ia telah dijangkiti rabies atau sebaliknya.

Beliau berkata, anjing yang ditangkap akan turut disuntik vaksin anti-rabies.

“Operasi ini akan disertai Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Majlis Daerah Kanowit (MDK), Jabatan Veterinar Negeri dan polis.

“Mereka akan bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain yang telah dikenal pasti mempunyai populasi anjing liar yang banyak,” ujarnya sambil menambah, bilik operasi yang diketuai residen turut dibuka untuk kemas kini mutakhir maklumat operasi berkenaan.

Tambah beliau, pusat suntikan vaksin anti-rabies bagi anjing turut dibuka pada Sabtu dan Ahad ini di Dewan Masyarakat Sibu Jaya, bersebelah­an Kem PLKN Bumimas.

“Pada 20 Januari, pusat tersebut dibuka jam 9 pagi hingga 4 petang manakala pada 21 Januari ia dibuka jam 9 pagi hingga 2 petang.

“Orang ramai yang memelihara anjing boleh membawa anjing mereka ke pusat tersebut untuk mendapatka­n suntikan vaksin secara percuma.

“Anjing yang telah disuntik vaksin akan ditanda, selain turut diberi sijil pemberian vaksin,” katanya.

Bercakap lanjut, Dr Annuar turut meminta orang ramai memastikan anjing mereka yang telah disuntik vaksin dikurung sekurang-kurangnya sebulan.

Ini bertujuan mengelakka­n haiwan tersebut berkelahi dengan anjing yang dijangkiti rabies terutama anjing liar.

“Justeru kita menuntut kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan operasi ini,” tegas Dr Annuar.

Katanya orang ramai yang ingin membuat aduan mengenai anjing liar di kawasan mereka boleh menghubung­i talian 084-310808 atau mengirim gambar anjing liar menerusi aplikasi WhatsApp 013-8077964 (Rangi) untuk diambil tindakan. MIRI: Pemilik anjing di sini digesa untuk menghantar haiwan peliharaan mereka bagi mendapatka­n suntikan vaksin antirabies di kaunter khas yang disediakan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar di tingkat bawah bangunan Tabung Baitulmal di Pusat Komersial Pelita.

Kaunter vaksin dibuka semalam dan terbuka kepada anjing yang berumur tiga bulan dan ke atas.

Pegawai Veterinar Miri Dr Sylmie Al-Harir berkata, vaksin boleh didapati di kaunter berkenaan dengan harga RM25 sahaja.

“Kaunter dibuka setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 11 pagi, namun ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum,” jelasnya ketika dihubungi petang semalam.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai vaksin tersebut boleh menghubung­i Jabatan Perkhidmat­an Veterinar di talian 085-411 866 pada waktu pejabat.

 ??  ?? BERBAHAYA: Dr Annuar (tiga kiri) menunjukka­n gambar kesan gigitan anjing selepas mengadakan sidang media semalam.
BERBAHAYA: Dr Annuar (tiga kiri) menunjukka­n gambar kesan gigitan anjing selepas mengadakan sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia