Utusan Borneo (Sarawak)

RM7 juta diperuntuk tangani masalah banjir di Teku

-

SIBU: Masalah banjir yang sering menghantui penduduk Kampung Bahagia Jaya, Teku di sini bakal diselesaik­an apabila RM7 juta diperuntuk­kan bagi menyelesai­kan masalah utama di kampung tersebut.

Ketua Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sibu Ting Sing Kwong berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk menaik taraf jalan-jalan rendah serta memperbaik­i sistem perparitan di kampung tersebut.

“Setakat ini projek tersebut dalam proses reka bentuk dan kami juga akan menggunaka­n saluran pembetung untuk memastikan aliran air lancar ke sistem perparitan lebih besar,” katanya.

Ting bercakap kepada pemberita ketika mengiringi tinjauan Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Michael Tiang dan Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan Kaunselor Robert Lau ke kampung tersebut semalam.

Kampung Bahagia Jaya, Teku antara kawasan terjejas teruk ketika ini akibat banjir setelah hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Lau dan Tiang berada di kampung tersebut untuk melihat dengan lebih dekat keadaan sebenar yang dihadapi penduduk yang terjejas.

Beliau berkata, faktor jalan yang dibina di kawasan tanah rendah atau paya serta sistem perparitan tidak sempurna dikenal pasti penyebab utama masalah banjir di kampung tersebut.

Jelasnya, apabila hujan berterusan, air hujan yang bertakung tersekat alirannya ke sungai-sungai berdekatan disebabkan sistem perparitan yang sangat lemah.

“Adalah menjadi harapan kami apabila projek menaik taraf jalan yang terjejas dan sistem perparitan Kampung Bahagia Jaya, Teku selesai, ia akan membantu mengatasi masalah banjir sepenuhnya,” tegasnya.

Ting juga menyatakan bahawa pihaknya telah mendapatka­n kontraktor terlibat untuk membersihk­an sistem perparitan di kampung itu daripada sampah atau tumbuhan yang menyebabka­n saliran tersumbat.

“Bagaimanap­un tumbuhtumb­uhan nampaknya begitu subur dalam tempoh musim tengkujuh ini,” katanya.

Tambahnya kerajaan menyalurka­n peruntukan untuk kampung tersebut bagi menaiktara­f jalan dan parit di situ supaya bebas banjir.

“Kita berharap kerja-kerja naik taraf ini dapat dilaksanak­an secepat mungkin dan berharap penduduk di sini bersabar,” tambahnya.

Sementara itu, Lau dan Tiang akan membawa perkara berkenaan untuk perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapaee bagi menyegerak­an projek tersebut.

“Kami datang pada hari ini (semalam) untuk melihat sendiri keadaan di kampung ini.

“Selain itu, kami akan memaklumka­n kepada Dr Annuar mengenainy­a supaya peruntukan sedia ada dapat digunakan untuk menyelesai­kan masalah ini dengan secepat mungkin,” ujar Lau.

 ??  ?? NAIK PERAHU: Tiang (belakang, kiri), Lau (belakang, dua kiri), Ting (depan, kiri) serta yang lain terpaksa menggunaka­n perahu untuk masuk ke lorong ketika mengadakan tinjauan banjir di Kampung Bahagia Jaya, Teku di Sibu, semalam.
NAIK PERAHU: Tiang (belakang, kiri), Lau (belakang, dua kiri), Ting (depan, kiri) serta yang lain terpaksa menggunaka­n perahu untuk masuk ke lorong ketika mengadakan tinjauan banjir di Kampung Bahagia Jaya, Teku di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia