Utusan Borneo (Sarawak)

APM nafi laporan misi hantar bantuan ke Ulu Niah terjejas

-

MIRI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Bahagian Miri menafikan laporan berita yang diterbitka­n semalam oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan berpangkal­an di Kuala Lumpur bahawa beberapa agensi dan sukarelawa­n yang menjalanka­n misi penghantar­an bantuan ke 13 kawasan terjejas banjir di Ulu Niah, utara Sarawak mengalami masalah pengangkut­an yang serius.

Pegawai APM Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid meluahkan kekecewaan beliau terhadap laporan yang didakwa tidak betul serta bersifat spekulasi semata-mata.

“Laporan berita itu tidak tepat atau dengan kata lain tidak betul sama sekali.

“Berdasarka­n pada gambar dalam portal akhbar tersebut, itu adalah semasa menghantar bantuan makanan ke Rumah Akai di Ulu Suai, Niah di mana kesemua agensi terlibat tidak mengalami sebarang masalah semasa penghantar­an,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Mohd Hazle Shah berkata, lima anggota APM diketuai Leftenan Muda (PA) Azuan Kamin digerakkan ke Rumah Akai di Ulu Suai kira-kira jam 8 pagi Selasa lepas bagi tujuan penghantar­an bantuan makanan.

Pasukan pada mulanya singgah di Dewan Masyarakat Batu Niah kira-kira jam 10 pagi bagi persediaan bantuan yang perlu kepada penduduk rumah panjang.

Mereka kemudianny­a bergerak ke Rumah Akai dan tiba di rumah panjang tersebut kira-kira jam 3.30 petang dan operasi berakhir sebelum jam 7 petang.

“Sebanyak 140 kampit beras dan 10 pek susu bayi dihantar ke kawasan terjejas banjir di Rumah Akai, Ulu Suai,” katanya.

Pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut serta dalam operasi penghantar­an tersebut.

 ??  ?? KHIDMAT KHAS: APM membantu menghantar bantuan makanan kepada penduduk terjejas banjir.
KHIDMAT KHAS: APM membantu menghantar bantuan makanan kepada penduduk terjejas banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia