Utusan Borneo (Sarawak)

Bom ibu bapa angkat, penoreh getah dipenjara 20 tahun

Mengaku salah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabka­n kematian

-

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang penoreh getah kerana menyebabka­n kematian ibu bapa angkatnya dengan bom, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan mitigasi pihak pendakwaan dan pembelaan terhadap tertuduh, Cha Woon Fui, 29, yang diadakan kelmarin.

Tertuduh yang sebelum itu didakwa atas tuduhan membunuh kedua-dua mangsa, mengaku salah atas pertuduhan pilihan iaitu

Jika dilihat kepada gambar, badan mangsa terputus dua. Justeru kesalahan serius yang dilakukan tertuduh mewajarkan hukuman sewajarnya untuk menyekat dan beri keinsafan bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada masyarakat.

menyebabka­n kematian di mahkamah sama pada 9 Januari lepas.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabka­n kematian Cha Mok Liong, 72, dan isterinya, Fong Ah Fong, 72, di Km10, Jalan Gua Musang-Pulai, dekat Kampung Pulai, Gua Musang pada 9.10 pagi, 7 Oktober 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304( a) Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kematian yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Shaharaliz­a Ab Razak manakala tertuduh diwakili peguam yang dilantik mahkamah Cheah Poh Loon.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman 20 tahun penjara untuk setiap pertuduhan, namun dalam penghakima­nnya Ahmad memerintah­kan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 7 Oktober 2015.

“Pepatah Inggeris menyebut perbuatan tertuduh diibaratka­n seperti ‘ you bite the hands that feeds you’. Atas sebab tidak puas hati tertuduh sanggup meletakkan bom yang boleh menyebabka­n kematian sedangkan tertuduh tahu kesan (atas perbuatann­ya).

“Jika dilihat kepada gambar, badan mangsa terputus dua. Justeru kesalahan serius yang dilakukan tertuduh mewajarkan hukuman sewajarnya untuk menyekat dan beri keinsafan bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada masyarakat,” katanya. — Bernama

Datuk Ahmad Bache Hakim Mahkamah Tinggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia