Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam tarik diri, bicara bela diri kes Kevin Morais tangguh

-

KUALA LUMPUR: Perbicaraa­n hari pertama prosiding membela diri dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya disumbat di dalam dram dan disimen tiga tahun lalu, hari ini ditangguhk­an kerana peguam yang mewakili tertuduh menarik diri.

Peguam Chua Li Li memaklumka­n kepada mahkamah bahawa beliau serta rakan sejawatann­ya M.Manoharan yang mewakili tertuduh R.Dinishwara­n, 26 dan A.K Thinesh Kumar, 25, menarik diri kerana tidak mendapat arahan lanjut daripada keduadua anak guam mereka untuk meneruskan kes.

“Kami menarik diri daripada mewakili tertuduh, mohon perbicaraa­n ditangguh bagi memberi peluang untuk kedua-dua tertuduh melantik peguam baharu,” katanya yang turut menyebut bagi pihak Manoharan yang tidak hadir pada prosiding semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah menangguhk­an perbicaraa­n sehingga hari ini bagi membolehka­n kehadiran peguam baharu.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin tidak membantah permohonan peguam itu namun bertanyaka­n siapakah peguam baharu berkenaan dan seorang daripada tertuduh memaklumka­n nama peguam akan diketahui esok kerana pelantikan peguam diuruskan oleh keluarga.

Pada prosiding itu, peguam Datuk N.Sivanantha­n mewakili Kolonel Dr R. Kunaseegar­an, 55 manakala peguam V.Rajehgopal mewakili M.Vishwanath, 28; S. Nimalan, 25, dan S.Ravi Chandaran, 47.

Pada 20 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi memerintah­kan keenam-enam tertuduh membela diri atas pertuduhan membunuh Kevin Morais selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Kunaseegar­an, Dinishwara­n, Thinesh Kumar, Vishwanath, Nimalan dan Ravi Chandaran didakwa membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mayat Kevin Morais, 55, ditemukan di dalam dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September 2015. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KETERANGAN: Mahfuz (dua kanan) semalam hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam satu ceramah politik di Alor Setar.
— Gambar Bernama BERI KETERANGAN: Mahfuz (dua kanan) semalam hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam satu ceramah politik di Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia