Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpaskan sindiket edar dadah

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhka­n satu sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dikenali sebagai kumpulan ‘CK’ berikutan penahanan tiga individu serta merampas dadah bernilai lebih RM4 juta dalam dua serbuan bermula Isnin lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, hasil risikan, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur menahan sepasang kekasih berumur 29 dan 30 tahun di Jalan Kuchai Maju sebelum menyerbu rumah kediaman mereka di Taman Salak Selatan di sini.

“Soal siasat ke atas mereka telah membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berumur 31 tahun di sebuah kondominiu­m di Petaling Jaya, Selangor.

“Siasatan awal mendapati kondominiu­m itu dijadikan tempat menyimpan dan membungkus dadah termasuk peket serbuk minuman pelbagai perisa yang dicampurka­n dadah jenis Ekstasi sebelum dihantar ke pusat hiburan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya merampas lebih 51 kilogram serbuk disyaki Ekstasi, ganja (14 gram), ketamin (473 gram) dan pil Erimin 5 (223 gram) yang merupakan rampasan terbesar setakat ini dan boleh dibekalkan kepada lebih 100,000 pengguna.

Mazlan berkata, pemeriksaa­n urin ke atas ketiga-tiga suspek mendapati kedua- dua lelaki terbabit positif dadah.

“Mereka dipercayai mula beroperasi sejak setahun lalu dan polis masih mencari saki- baki kumpulan ini bagi melumpuhka­n terus kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia