Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak akhiri jelajah pramusim kalah 1-4 kepada FELDA United

-

KUCHING: Sarawak menamatkan jelajah pramusim dengan kekalahan 1- 4 di tangan FELDA United pada perlawanan berlangsun­g di Kompleks Sukan BSN, Bangi kelmarin.

Ia kekalahan kedua berturut-turut anak didik Ian Andrew Gillan daripada tiga perlawanan selepas kemenangan 2-1 ke atas FELCRA pada perlawanan pertama.

“Kehilangan pemain berpengala­man tempatan amat dirasai dalam skuad namun kita perlu meneruskan cabaran.

“Pemain sedang bekerja keras mencari kombinasi yang sesuai untuk memantapka­n skuad,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau turut akui tiga pemain import memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri dengan pemain tempatan khususnya yang baru dibawa masuk.

Mengulas perlawanan berkenaan, Ian akui kelebihan memihak FELDA United yang dibarisi ramai pemain berpengala­man.

Penyerang import, Mateo Roskam menjaringk­an gol saguhati Sarawak pada separuh masa pertama.

Dalam pada itu, Ian mendedahka­n pemain pertahanan dari Jepun, Yaki Ichikawa akan menjalani ujian pada 20 Januari ini.

“Kita masih mencari pemain pertahanan tengah dari Asia dan berharap Yaki dapat menepati ciri- ciri pemain yang kita perlukan,” tambah Ian lagi.

Kempen Liga Premier 2018 akan bermula pada 2 Februari depan dengan Sarawak akan menjadi tuan rumah kepada Kuantan FA di Stadium Negeri, Petra Jaya.

 ??  ?? IAN
IAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia