Pemain serata dunia bakal sertai Kejohanan Pingpong Telanai 16
KUCHING: Kuching bakal menjadi tumpuan peminat pingpong dari serata dunia apabila pemain tempatan dan antarabangsa mewakili 26 pasukan menyertai Kejohanan Pingpong Telanai 16 yang akan diadakan di Pusat Profesional Ping Pong Ekstreme, Jalan Petanak pada hujung minggu ini.
Pasukan mengesahkan penyertaan adalah Telanai 16, Extreme, TTS Super Stars, TTS All Stars, TTS Junior Stars, PJ Union, Kelab Gian Seng Kuching, ETTA Penang, Borneo Starcruise, KRB (Red), KRB (Blue), KRB (Green), Pusat Latihan Ping Pong Elit Kuching (Unggu), Pusat Latihan Ping Pong Elit Kuching (Merah), MNPE Labuan, Stedy Bro 1, Stedy Bro 2, Stedy Bro 3, PERPIB A, PERPIB B, WIB, RMAF Table Tennis, Hunter, Eagle, Gold Medal Sports TDG dan Persatuan Ping Pong Bahagian Serian.
Turut mencuri tumpuan kemunculan naib johan perseorangan lelaki Paralimpik 2012 David Jacobs, bekas juara kebangsaan Indonesia Ismu Harinto dan rakan senegara Yulius, Ragil dan Yusuf.
Turut sera juara acara perseorangan lelaki dan wanita Terbuka Malaysia, Leong Chee Fung dan Alice Chang Li Sian, bekas juara kebangsaan Shakirin Ibrahim, Muhamad Asraf Haiqal, Thomas Tay, Kho Mao Sheng, Mohamad Syazwan, Brandon Fong, Karen Lyne Dick, Sam Yuk Siong dan atlet veteran Ling Tiing Sik.
Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Pusat Profesional Ping Pong Extreme dan ditaja Telanai 16 Lodge of Brunei.
Setiap pasukan menghantar minimum tiga pemain dan maksima lima pemain di mana kejohanan dianjur mengikut peraturan dan undang- undang pingpong antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Ang ( 01110068226) atau Thomas Tay (011-10291229).