Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 4,000 pelajar bakal meriahkan karnival PPRK 2018

-

SEREMBAN: Lebih 3,800 pelajar dari seluruh negara akan memeriahka­n karnival Program Pembanguna­n Ragbi Kebangsaan (PPRK) 2018 anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada Sabtu dan Ahad ini.

Setiausaha Agung KRM, Jamaluddin Salim berkata sebanyak 236 pasukan lelaki dan wanita sudah mengesahka­n penyertaan pada karnival tersebut.

Tujuh peringkat umur bakal dipertandi­ngkan bagi kategori lelaki melibatkan Bawah 11 tahun, Bawah 12 tahun, Bawah 13 tahun, Bawah 14 tahun, Bawah 15 tahun, Bawah 16 tahun dan Bawah 17 tahun.

Sementara empat peringkat umur bagi kategori wanita ialah Bawah 11 tahun, Bawah 12 tahun, Bawah 15 tahun dan Bawah 17 tahun, katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Jamaluddin yang juga Pengarah PPRK berkata menerusi karnival itu, 12 panel jurulatih dan pemilih akan mengenal pasti pemain berbakat untuk diserapkan dalam Program Elit PPRK pada masa akan datang.

Beliau berkata 20 pemain skuad Tujuh Sepasukan Kebangsaan yang kini dalam fasa latihan ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018 akan terlibat dalam karnival itu, sebagai pegawai teknikal dan memberi semangat kepada barisan pemain muda.

“Selain itu, turut memeriahka­n karnival itu ialah kehadiran 12 pemain skuad negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? TERUSKAN KEMARAAN: Sharapova ceria selepas berjaya menewaskan Sevastova untuk mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia di Melbourne, Australia semalam.
— Gambar AFP TERUSKAN KEMARAAN: Sharapova ceria selepas berjaya menewaskan Sevastova untuk mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia di Melbourne, Australia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia