Utusan Borneo (Sarawak)

Jaguh dari Rusia itu berhempas pulas sebelum singkirkan Sevastova di pusingan kedua Terbuka Australia

-

MELBOURNE, Australia: Maria Sharapova menunjukka­n kemampuan beliau sebagai calon juara Terbuka Australia apabila meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga, bersamasam­a dengan Caroline Garcia dan pemain veteran, Agnieszka Radwanska.

Dengan suhu mencecah sehingga 39 darjah Selsius dan tuala ais digunakan, jaguh dari Rusia itu berhempas pulas sebelum menewaskan Anastasija Sevastova.

Sevastova, pemain pilihan ke-14 kejohanan dari Latvia, yang menamatkan cabaran Sharapova di pusingan 16 akhir di Terbuka Amerika tahun lepas setelah kembali dari penggantun­gan kerana penyalahgu­naan dadah, gagal mengulangi kejayaan yang sama kali ini.

Sharapova menang 6- 1 pada set pertama tetapi dipaksa berhempas-pulas pada set kedua sebelum menang 7-6(7/4).

“Ia adalah hari yang panas. Saya melakukan tugas saya dalam dua set menentang pemain yang pernah menewaskan saya tahun lepas,” kata Sharapova selepas perlawanan.

“Jadi di pusingan ketiga Terbuka Australia, saya fikir saya selayaknya menang.”

Tidak diletakkan sebagai pemain pilihan, beliau harus berusaha lebih kuat untuk melangkah ke satu lagi final.

Cabaran seterusnya ialah menentang sama ada bekas juara di sini pada 2016, An-

Ia adalah hari yang panas. Saya melakukan tugas saya dalam dua set menentang pemain yang pernah menewaskan saya tahun lepas. Maria Sharapova Ratu tenis Rusia

gelique Kerber atau Donna Vekic, yang bermain lewat.

Garcia, pemain pilihan kelapan kejohanan, juga meneruskan kemaraan tetapi dipaksa bertarung tiga set sebelum menewaskan pemain remaja Republik Czech, Marketa Vondrousov­a 67(3/7), 6-2 dan 6-6 dalam masa hampir dua jam setengah.

“Kaki saya seperti terbakar,” kata beliau. “Tetapi kita tahu keadaan di Australia – keesokan hari mungkin sejuk.” Radwanska, yang pernah melangkah dua kali ke peringkat separuh akhir tercicir dalam kedudukan ranking dan diletakkan sebagai pilihan ke-26 di sini, meneruskan peningkata­n dengan menewaskan Lesia Tsurenko, juga dalam tiga set.

Beliau berpotensi bertemu pilihan ketiga, Garbine Muguruza, tetapi Hsieh Su-Wei dari Taiwan mencipta kejutan dengan menyingkir­kan Muguruza dengan kemenangan 7-6(7/1) dan 6-4.

Kekalahan itu menyebabka­n Muguruza menyertai barisan pemain pilihan lain seperti Venus Williams, Sloane Stephens, Coco Vandeweghe, Kristina Mladenovic dan Johanna Konta yang tersingkir awal dari kejohanan.

Dengan kemenangan itu, Hsieh akan bertemu Radwanska untuk satu tempat ke pusingan keempat kejohanan buat kali kedua, selepas kali pertama 10 tahun yang lalu, juga di sini.

Konta, pemain dari Britain, gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada Bernarda Pera dari Amerika Syarikat (AS).

Konta, yang melangkah ke suku akhir kejohanan tahun lepas, tewas 6-4 dan 7-5.

Dalam bahagian lelaki, turut mara ialah pilihan ke- 21 dari Sepanyol, Albert Ramos-Vinolas, yang menewaskan Tim Smyczek dari AS.

Martin Fucsovics dari Hungary, yang berada di ranking ke- 80 dunia, menewaskan seorang lagi pemain AS, pilihan ke-13, Sam Querrey.

Pilihan kelima kejohanan dari Austria, Dominic Thiem, bangkit dari ketinggala­n dua set sebelum menewaskan Denis Kudla dari AS 67(6/8), 3-6, 6-3, 6-2 dan 6-3 dalam masa tiga jam dan 48 minit. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia