Utusan Borneo (Sarawak)

Sanchez bakal menerima gaji paling tinggi di Old Trafford

-

LONDON, England: Penyerang kelab Arsenal, Alexis Sanchez sudah bersetuju dengan satu terma peribadi dalam satu kontrak yang akan menjadikan beliau pemain yang menerima gaji paling tinggi di Manchester United dengan gaji tahunan 14 juta pound selepas cukai, menurut laporan Rabu lepas.

Sanchez dilaporkan diambang menyertai United selepas United membuat satu tawaran lumayan yang mengatasi tawaran dari pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Pengurus United, Jose Mourinho, mengakui Isnin lepas di mana pasukannya “mempunyai satu peluang” untuk mendapatka­n penyerang antarabang­sa Chile itu pada pasaran perpindaha­n pemain bulan Januari, dengan City difahamkan menarik diri dari bidaan kerana kos tambahan.

Menurut akhbar Daily Telegraph, United menawarkan Sanchez kontrak empat tahun setengah yang akan menjadikan beliau pemain dengan gaji tertinggi di kelab. Dengan Telegraph melaporkan yuran perpindaha­n bernilai 30 juta pound, 20 juta pound yuran menandatan­gani kontrak dan 10 juta pound yuran ejen dijangka terlibat, ia bermakna United mungkin berdepan perbelanja­an melebihi 150 juta pound sekiranya mereka memuktamad­kan perjanjian untuk bekas pemain Barcelona itu.

United diminta mengulas laporan itu tetapi setakat berita ini dikeluarka­n, mereka masih belum memberikan sebarang maklum balas.

Harapan United untuk membawa Sanchez ke Old Trafford bergantung kepada persetujua­n Henrikh Mkhitaryan menyertai Arsenal, menurut ejen pemain, Mino Raiola.

Mourinho tidak menyenarai­kan Mkhitaryan dalam skuad perlawanan menentang Stoke Isnin lepas kerana “keraguan tentang masa depannya”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia