Utusan Borneo (Sarawak)

City ikrar kembali ke landasan kemenangan selepas kekecewaan di Anfield

-

MANCHESTER, England: Manchester City berharap untuk kembali ke landasan kemenangan apabila menentang Newcastle United di Stadium Etihad dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.

City tewas 3- 4 kepada Liverpool di Anfield Ahad lepas, membolehka­n Manchester United merapatkan kedudukan dengan kurang 12 mata dan menamatkan 22 perlawanan tanpa kalah City dalam liga musim ini.

Aksi menyerang bertubitub­i Arsenal mendedahka­n kelemahan pertahanan City tetapi ia mungkin satu ke- jutan besar jika Newcastle cuba mengekori permainan Arsenal, apa lagi mencipta kejutan dengan kemenangan.

Newcastle, yang dibimbing Rafael Benitez, berada di tangga ke- 15 liga dan tanpa kemenangan dari tiga perlawanan terakhir selain hanya menjaringk­an 21 gol dari 23 perlawanan dan diramalkan akan bermain secara bertahan berbanding terbuka seperti Liverpool.

City mendahului selesa di tangga teratas liga dan apa yang boleh dilakukan oleh United, di tangga kedua liga dan bertandang ke Burnley, ialah terus mengutip tiga mata penuh dan berharap mengelak sebarang keciciran mata.

Kemenangan 3- 0 United ke atas Stoke City, menunjukka­n mereka kelihatan sudah bangkit dari aksi hambar pada musim perayaan Krismas dan Tahun Baharu dan prospek kehadiran Alexis Sanchez dari Arsenal memberikan harapan kepada penyokong kelab.

Burnley mengikat United 2- 2 di Old Trafford pada perlawanan sehari selepas Krismas tetapi mereka belum menang dalam enam perlawanan terakhir liga dan tewas di Crystal Palace minggu lepas.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte, kerap mengadu pasukannya semakin ketinggala­n tetapi dijangka akan mengutip tiga mata pada perlawanan di Brighton.

Brighton, pendatang baharu Liga Perdana, hanya mengutip dua mata dari empat perlawanan terakhir dan tiga mata di atas zon penyingkir­an ( tangga ke16) ketika ini.

Chelsea bagaimanap­un belum menang dalam empat perlawanan terakhir dan juga gagal menjaringk­an gol dalam tiga perlawanan sebelum m menang menerusi s i penentuan sepakan penalti alti pada per- lawanan ulangan p u s - i n g a n k e t i g a P i a l a FA Inggeris men e n t a n g N o r w i c h City, selepas lepas seri 1- 1 sehingga masa tambahan. b h

Liverpool dijangka terus mengekalka­n rentak kemenangan a apabila bertanda bertandang ke kelab terc o r o t , Sw Swansea C i t y p a d a perlawanan h a r i I Isnin. Theo W a l - cot cott, yang men mengesahka­n p perpindaha­n ke A Arsenal R Rabu b l lepas, d dijangka membuat penampilan sulung bersama Everton apabila menentang West Bromwich Albion.

Arsenal, yang tewas mengejut kepada Bournemout­h minggu lepas dan bakal kehilangan Sanchez, mempunyai perlawanan sukar menentang Crystal Palace, yang sudah kembali menyerlah di bawah kendalian Roy Hodgson dan ketika ini berada di tangga ke- 12 liga.

Pada perlawanan lain, Tottenham Hotspur bertandang ke Southampto­n, yang dibelasah 5-2 pada perlawanan sehari selepas Krismas. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia