Utusan Borneo (Sarawak)

Miri tuan rumah Tahun Perundanga­n Sabah-Sarawak

-

PEMBUKAAN Tahun Perundanga­n Sabah dan Sarawak merupakan tradisi yang diamalkan daripada Biara Westminste­r dan pada tahun ini ia diadakan di Miri bermula semalam dan tamat hari ini.

Tahun ini merupakan kali ketujuh ia diraikan bersama kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak dengan tema kali ini ‘Keadilan Dalam Kepelbagai­an’.

Pelbagai acara menarik mengisi program dua hari itu, antaranya, Kursus Asas Perwakilan KanakKanak di Malaysia dan bengkel Amalan UndangUnda­ng dari Perspektif Fikiran Kehakiman.

Kursus dan bengkel tersebut diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini, semalam.

Manakala majlis makan malam sempena Tahun Perundanga­n 2018 akan diadakan malam ini.

Beberapa gerai pameran melibatkan beberapa jabatan kerajaan turut didirikan di pekarangan Kompleks Mahkamah Miri sepanjang dua hari program tersebut berlangsun­g.

Acara kemuncak bakal menyaksika­n Perarakan Tahun Perundanga­n pada pagi ini yang bermula dari pekarangan Hotel Pullman di kawasan Pusat Komersial Miri Waterfront hingga ke Kompleks Mahkamah Miri.

Berikutan itu, beberapa jalan utama di kawasan pusat bandar seperti Jalan Merdu, Jalan Sylvia, Jalan Merbau, Jalan Bendahara, Jalan Ross dan Jalan Parry akan ditutup seketika untuk membolehka­n perarakan ini berjalan lancar.

Tetamu kehormat yang dijangka hadir pada majlis perasmian itu, antaranya, Ketua Hakim Negara Tun Md. Raus Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Datuk Seri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarop serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum.

Dalam perkembang­an berasingan, Simposium Kebangsaan Mengenai Perbankan dan Kewangan Islam akan diadakan Sabtu dan Ahad ini di sebuah hotel di

Miri.

 ??  ?? HARUS DIKUNJUNGI: Antara gerai pameran jabatan-jabatan kerajaan yang mengikuti program Tahun Perundanga­n 2018 di pekarangan Kompleks Mahkamah Miri.
HARUS DIKUNJUNGI: Antara gerai pameran jabatan-jabatan kerajaan yang mengikuti program Tahun Perundanga­n 2018 di pekarangan Kompleks Mahkamah Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia