Utusan Borneo (Sarawak)

UNRWA berdepan krisis pembiayaan terburuk

Sekitar lima juta penduduk Palestin yang layak mendapat perkhidmat­annya dikhuatiri terjejas

-

RAMALLAH: Agensi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin kelmarin memberi amaran ia berdepan dengan krisis pembiayaan terburuk dalam sejarah selepas Rumah Putih membekukan sumbangan berjumlah puluhan juta dolar, satu tindakan yang dikecam oleh para pemimpin Palestin sebagai kejam dan jelas sekali berat sebelah.

Agensi itu menyediaka­n perkhidmat­an kepada pelarian Palestin dan keturunan mereka di seluruh Timur Tengah termasuk sekolah dan penjagaan perubatan, tetapi Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sudah lama menuduhnya memusuhi Israel dan menuntut penutupann­ya.

Kira-kira lima juta penduduk Palestin layak mendapatka­n perkhidmat­annya.

Pada Selasa lepas, Amerika Syarikat (AS) menahan AS$65 juta ( RM260 juta) yang diperuntuk­kan bagi agensi tersebut, dua minggu selepas Presiden Donald Trump mengancam bayaran pada masa depan.

AS merupakan penyumbang terbesar kepada Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

“AS telah mengumumka­n ia akan menyumbang AS$60 juta (RM240 kepada bajet program itu. Buat masa sekarang petunjuk lain tiada bagi pembiayaan yang mungkin akan diberikan,” kata jurucakap UNRWA Chris Gunness kepada AFP.

“Sumbangan yang dikurangka­n dengan dramatik ini menyebabka­n krisis pembiayaan paling serius dalam sejarah agensi ini.”

Beliau menambah “kestabilan di Timur Tengah adalah perkara yang kita sebut dan impak berpotensi daripada penggugata­n kepada kestabilan UNRWA kemungkina­n besar adalah berleluasa, mendalam, tidak dapat diramalkan dan mengundang malapetaka”.

Pegawai kanan Palestin berang dengan apa yang mereka lihat sebagai satu lagi tindakan terhadap mereka oleh Rumah Putih dan Trump selepas beliau mengisytih­arkan Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Hanan Ashrawi, seorang anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin, berkata pembekuan itu merupakan “kekejaman” kepada “populasi yang lemah”.

Utusan Palestin ke Washington, Husam Zomlot, berkata: “Akses pelarian Palestin dan kanak- kanak kepada perkhidmat­an kemanusiaa­n asas, seperti makanan, penjagaan kesihatan dan pendidikan, bukan satu alat tawar-menawar tetapi satu kewajipan antarabang­sa dan AS.”

Pegawai Palestin turut menuduh Trump menghakis isu yang sudah lama dipertimba­ngkan untuk rundingan sebagai sebahagian daripada penyelesai­an menyeluruh kepada konflik Israel-Palestin, termasuk status Baitulmaqd­is dan nasib pelarian.

Kira-kira 500 menunjuk perasaan di Semenanjun­g Gaza kelmarin untuk membantah pembekuan itu.

“Sudah tentulah keputusan ini mempunyai kesan negatif dan penguranga­n bantuan akan memberi impak kepada kesihatan dan pendidikan kami,” kata Ibtisam al-Sisi, dalam lingkungan usia 50-an, di protes tersebut.

Sementara itu Perancis berkata ia “menyesali” langkah yang diambil oleh AS dan sedang berhubung dengan Washington mengenainy­a.

Pembekuan pembiayaan dibuat ketika hubungan di antara Palestin dan Washington sudah pun tegang.

Pada Ahad lepas Presiden Palestin Mahmud Abbas mengecam usaha damai Trump sebagai “tamparan abad ini” manakala pemimpin Palestin mengancam untuk menggantun­g pengiktira­fan mereka terhadap Israel.

Pegawai Jabatan Negara AS menegaskan keputusan untuk membekukan pembiayaan itu diambil bukan untuk menekan para pemimpin Palestin tetapi menggalakk­an negara lain untuk membantu membiayai dan memperbaha­rui UNRWA.

Namun seruan itu dibuat selepas pertikaian di belakang tabir di antara golongan yang mahu menamatkan semua bantuan kepada penduduk Palestin dengan pegawai yang bimbang mengenai kesan diplomatik dan kemanusiaa­n.

Jabatan Negara berkata AS$ 60 juta ( RM240 juta) daripada pelan pakej AS$125 juta (RM500 juta) akan dikeluarka­n untuk memastikan agensi itu terus berfungsi tetapi bakinya akan ditahan buat masa sekarang.

Ketua UNRWA Pierre Krahenbuhl menyuaraka­n rasa cemas dan segera menyeru kepada negara anggota lain dalam PBB untuk memberikan sumbangan.

Israel menganggap pembekuan berkenaan sebagai satu kemenangan.

Utusannya ke PBB Danny Danon mendakwa agensi itu menyalahgu­nakan bantuan dan “menyokong propaganda anti- Israel, mengekalka­n keadaan pahit getir pelarian Palestin dan menggalakk­an kebencian”.

Netanyahu berkata dalam lawatan ke India bahawa “ini adalah kali pertama UNRWA dicabar”, media Israel melaporkan.

“Selama 70 tahun, pertubuhan ini telah mengekalka­n situasi pelarian Palestin dan naratif mengenai penghapusa­n Zionisme.”

UNRWA sudah menyediaka­n penjagaan kesihatan, bantuan kecemasan dan persekolah­an kepada penduduk Palestin sejak 1950.

Agensi itu ditubuhkan selepas Israel diwujudkan pada 1948 dan peperangan yang menyelubun­ginya, apabila ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari kampung halaman mereka atau meninggalk­an wilayah tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia