Utusan Borneo (Sarawak)

Empat warga AS dan Kanada diculik di utara Nigeria: Polis

-

LAGOS: Dua warga Amerika Syarikat (AS) dan dua warga Kanada telah diculik dan dua pengiring polis Nigeria maut dalam satu serangan hendap di negeri utara Kaduna, kata polis kelmarin, dalam penculikan terbaharu yang menyasari orang asing.

Jurucakap polis negara Mukhtar Aliyu berkata “lelaki bersenjata tidak dikenali” menculik keempat- empat warga Amerika Utara itu di jalan ke Abuja pada jam 7 malam Selasa lepas.

“Mereka terbabit dalam satu pertempura­n sengit dengan dua anggota polis yang ditugaskan mengiringi ekspatriat, tetapi malangnya kehilangan nyawa,” ujarnya.

Tiada maklumat lanjut diberikan dan Aliyu berkata “setiap kaedah yang ada” digunakan untuk menyelamat­kan empat mangsa culik dan menangkap penculik.

Di Washington, seorang pegawai Jabatan Negara merujuk kepada penculikan hanya seorang sahaja warga AS.

“Kami tahu mengenai laporan seorang warga AS yang diculik di Nigeria,” katanya yang enggan dikenali kepada AFP.

“Keselamata­n dan perlin- dungan warga AS di seberang laut merupakan antara keutamaan tertinggi kami,” ujarnya.

Satu nasihat perjalanan oleh Jabatan Negara menggesa warga AS untuk “menimbang semula” perjalanan ke Nigeria, dan memberi amaran “jenayah ganas seperti rompakan bersenjata, serangan, kecurian kereta, penculikan dan rogol biasa berlaku di seluruh negara itu”.

Global Affairs Canada, yang mengurus hubungan konsular dan diplomatik Kanada, “tahu tentang laporan mengenai penculikan dua warga Kanada di Nigeria”, kata jurucakap John Babcock.

“Pegawai konsular di Nigeria sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengumpul maklumat tambahan,” ujarnya.

Penculikan sudah lama menjadi masalah di negeri selatan Nigeria, di mana individu berprofil tinggi, termasuk keluarga ahli politik terkemuka, kerap diculik.

Mangsa biasanya dibebaskan beberapa hari selepas wang tebusan dibayar.

Sejak beberapa tahun lalu jenayah itu sudah menular di negara ekoran kelembapan ekonomi. Operasi ke atas ke- curian lembu telah dikaitkan dengan jumlah penculikan yang semakin meningkat di utara negara.

Pada Oktober tahun lepas, geng bersenjata menculik empat mubaligh Britain yang bekerja untuk sebuah badan perubatan amal di negeri Delta yang kaya minyak namun daif di selatan negara.

Salah seorang tebusan maut manakala tiga tebusan lain kemudian dilepaskan.

Juga pada Oktober lalu Vatikan berkata seorang paderi Itali diculik dekat Benin City, ibu kota negeri Edo, yang bersempada­n dengan negeri Delta di utara. Dia juga dilepaskan kemudian.

Keselamata­n di jalan Kaduna-Abuja menjadi tumpuan pada tahun lepas apabila kerajaan persekutua­n mengumumka­n penutupan lapangan terbang tunggal di ibu negara untuk kerja membaik pulih landasan kapal terbang yang amat penting.

Banyak syarikat dan misi asing menasihati kakitangan untuk membataska­n perjalanan mereka pada waktu penutupan, apabila semua penerbanga­n domestik dan beberapa penerbanga­n antarabang­sa dialihkan ke Abuja. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia