Utusan Borneo (Sarawak)

Mah Sing akan sediakan penginapan luar kepada pelajar di Educity

-

KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd bekerjasam­a dengan EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (Educity) untuk menjadi penyedia penginapan luar pertama bagi pelajar di Meridin @ Medini Executive Suites miliknya di Iskandar Puteri, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing, Datuk Ho Han Sang berkata pembanguna­n bersepadu itu, yang terletak 3.6 kilometer dari Educity, akan menawarkan 183 unit dilengkapi sepenuhnya kepada 370 pelajar daripada sejumlah 583 unit yang tersedia.

Meridin Executive Suites, yang merupakan sebahagian daripada pembanguna­n fasa kedua Mah Sing akan mula membuat penyerahan harta milik kosong bermula bulan ini dan seterusnya.

“Kami akan menyediaka­n kemudahan kelas pertama bagi pelajar dengan harga bermula daripada RM850 sebulan bagi setiap pelajar.

“Mereka boleh memilih unit studio atau unit studio perkongsia­n kembar dengan binaan seluas 341 kaki persegi hingga 603 kaki persegi,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis permeterai­an Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Educity, di sini, kelmarin.

Mengenai prospek bagi Mah Sing tahun ini, beliau berkata syarikat itu akan menumpukan untuk melancarka­n hartanah mampu milik yang berharga antara RM400,000 dan RM500,000 di Johor, Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Ho, bagaimanap­un, enggan menjelaska­n lebih lanjut berhubung perkara itu.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Mah Sing bagi Wilayah Selatan, Benjamin Ong berkata pembanguna­n fasa kedua Meridin @ Medini, yang juga terdiri daripada gedung beli-belah Meridin Walk Lifestyle Mall dan dua blok hotel, menerima kadar pembelian kira-kira 60 peratus setakat ini.

Hotel tersebut, Ramada Meridin dan Ramada Encore Meridin, dijadualka­n bagi pelancaran awal pada April tahun ini.

Fasa pertama Meridin @ Medini yang terdiri daripada 756 unit kediaman telah diserahkan pada Jun 2017 dan ketika ini mencatatka­n kadar pembelian kira-kira 80 peratus.

“Kami melihat ada potensi pertumbuha­n dari segi harga dan hasil kerana pembanguna­n itu terletak di tengahteng­ah Iskandar Puteri.

“Selain itu, projek kereta api berkelajua­n tinggi di sini akan merancakka­n lagi ekonomi di kawasan berdekatan,” kata Ong.

Terdahulu, Pengerusi Educity, Datuk Khairil Anwar Ahmad berkata kerjasama dengan Mah Sing itu akan dapat menampung keperluan pelajar terutamany­a orang asing.

“Ketika ini, kami mempu- nyai kira-kira 3,000 pelajar di pelbagai institusi di Educity, yang mana lima peratus daripada mereka adalah orang asing termasuk dari United States, China dan Perancis.

“Ini akan menyediaka­n pilihan bagi mereka yang mungkin pemilih dan mahukan privasi,” kata Khairil Anwar, yang juga merupakan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd.

Educity, hab pendidikan bersepadu penuh merupakan anak syarikat milik penuh Iskandar Investment. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia