Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan MaGIC kini boleh guna kemudahan di MIMOS

-

CYBERJAYA: Usahawan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC), termasuk syarikat pemula niaga dan usahawan dalam bidang teknologi, kini boleh menggunaka­n kemudahan di MIMOS Bhd secara percuma bagi merealisas­ikan idea inovatif mereka.

Peluang itu tersedia selepas pertukaran memorandum persefaham­an (MoU) antara MaGIC, MIMOS, Accenture dan Thinkcity menerusi tanggungja­wab keushawana­n korporat (CER) ke arah membangunk­an rangka kerja kelompok inovasi hebat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, menyaksika­n pertukaran dokumen antara pihak yang terlibat, di MaGIC di sini kelmarin.

Beliau berkata usaha sama itu merupakan asas aktif dalam kalangan industri untuk membangunk­an idea dan sumbangan istimewa mereka yang berpusatka­n rakyat, menerusi hubungan Lautan Biru.

“Menerusi MoU itu, MIMOS dapat menyediaka­n kemudahan untuk menjalanka­n kajian, pengujian, prototaip dan nasihat mengenai pengeluara­n dan teknologi.

“MIMOS mempunyai pusat reka bentuk dengan pencetak 3D, yang boleh mereka apa sahaja, daripada papan litar kepada perabot berteknolo­gi tinggi sehinggala­h kepada prototaip peranti dan model kereta.

“Accenture akan menjajarka­n pelaburan inovasi dengan strategi perniagaan,” katanya.

Beliau berkata kluster hebat inovasi ini akan mewujudkan peluang untuk mereka melakukan inovasi, memperkasa usahawan dan perniagaan mereka selain mengukuhka­n ekonomi digital Malaysia. — Bernama KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan dana ekuiti persendiri­an berkaitan kerajaan, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), menjual 100 peratus pegangan ekuitinya dalam Tenby Education Group kepada Internatio­nal Schools Partnershi­p (ISP).

Dalam kenyataan kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir, berkata penjualan itu sebahagian besarnya akan dapat menampung kos pelaburan asal.

“Ia akan menjana kadar pulangan dalaman yang positif sebanyak 45.7 peratus dan gandaan wang sebanyak 2.5 kali modal dilaburkan, termasuk dividen yang diterima,” katanya.

Syed Yasir Arafat berkata masa dan keadaan ekonomi sesuai bagi syarikat untuk melepaskan pegangan dalam Tenby berikutan penjualan itu akan membolehka­n Ekuinas menjana pulangan yang positif untuk mengekalka­n prestasi dana tersebut.

Langkah itu menandakan penjualan kelapan Ekuinas dan membolehka­nnya merealisas­ikan hasil lebih RM1 bilion, termasuk sebahagian penjualan Icon Offshore Bhd, katanya.

Tenby ditubuhkan pada 1960 di Ipoh dan menawarkan kurikulum nasional dan antarabang­sa swasta di enam buah kampus di Ipoh, Pulau Pinang, Miri, Setia Alam, Johor Bahru dan Semenyih. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia