Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar raya di Batu Kawa dan Matang tawar pelbagai barangan dan peraduan menarik

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Pasar raya Emart yang terletak di Batu Kawa dan Matang kini mengadakan promosi jualan sempena Tahun Baharu Cina bermula hari ini hingga 15 Februari depan.

Eksekutif Kumpulan Pemasaran Emart Batu Kawa, Alexander Kiew berkata, promosi itu diadakan bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk membelibel­ah bagi menyambut musim perayaan yang menjelang.

Katanya,pelbagai produk perayaan seperti makanan ringan, biskut, gula- gula, buah-buahan seperti lokam madu, minuman kesihatan jenama Brands, hamper dan sebagainya boleh didapati dan dijual pada harga berpatutan.

“Justeru, orang ramai terutama para pelanggan dinasihatk­an untuk tidak melepaskan peluang dengan mengunjung­i kedua- dua cawangan kami yang mengadakan promosi ini,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Alexander memaklumka­n semua cawangan pasar raya Emart di negeri ini turut akan mengadakan promosi ‘Ong-Ong Lai 2018’ mulai 19 Januari hingga 15 Februari depan.

Katanya, pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM88,888 ditawarkan untuk dimenangi para pelanggan.

Menurutnya, terdapat lima aktiviti ataupun tawaran menarik disediakan dalam promosi Ong-Ong Lai tersebut iaitu koleksi anak patung anjing Tahun Baharu Cina, promosi sampul angpau, cabutan bertuah ‘Ong Ong’, peraduan ‘Facebook Snap & Win’ dan Peraduan Mengira Angpau.

Bagi koleksi anak patung anjing Tahun Baharu Cina, kata Alexander, ahli layak mendapatka­n satu setem anak anjing dengan setiap pembelian pada harga RM88 dan ke atas di mana-mana kedai penyewa pusat belibelah, pasar raya dan kedai Xpress.

“Mereka (ahli) boleh menebus patung anak anjing secara percuma dengan mengumpulk­an lima setem anjing.

“Satu resit sah untuk satu setem sahaja untuk kedai penyewa kecuali pasar raya dan kedai Xpress kami. Tawaran ini dibuat di semua cawangan pasar raya Emart dan stok adalah terhad,” katanya.

Untuk promosi pemberian sampul angpau, Alexander berkata, dengan pembelian sebanyak RM88 dan ke atas di mana-mana kedai penyewa pusat beli-belah, pasar raya dan kedai Xpress, ahli layak mendapatka­n tawaran tersebut.

“Pendaftara­n dan pembaharua­n keahlian untuk para pelanggan yang berminat boleh dilakukan semasa promosi ini. Gabungan resit daripada kedai penyewa boleh diterima malah satu resit adalah sah untuk satu penebusan sahaja untuk kedai penyewa kecuali pasar raya dan kedai Xpress kami,” katanya.

Selain itu, katanya, empat pasar raya Emart iaitu Cawangan Batu Kawa, Matang, Tudan dan Riam mengadakan cabutan bertuah Ong Ong dengan menawarkan hadiah baucar wang tunai menarik dari pasar raya tersebut.

“Hadiah tempat pertama ialah baucar wang tunai Emart bernilai RM1,888. Manakala tempat kedua dan ketiga, hadiah baucar wang tunai Emart bernilai RM1,388 dan RM888 disediakan untuk dimenangi.

“Dengan pembelian sebanyak RM88 dan ke atas di mana-mana kedai penyewa pusat beli-belah, pasar raya dan kedai Xpress, ahli berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah itu.

“Gabungan resit daripada kedai penyewa boleh diterima kecuali pasar raya dan satu resit adalah layak untuk satu penyertaan sahaja,” jelasnya.

Untuk peraduan Facebook Snap & Win pula, Alexander berkata, orang ramai berpeluang untuk memenangi hadiah baucar wang tunai Emart bernilai RM888 bagi tempat pertama.

“Tempat kedua dan ketiga, hadiah baucar wang tunai Emart masing-masing bernilai RM688 dan RM388.

“Bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini, orang ramai terutama pelanggan dikehendak­i mengambil gambar di hadapan pokok nanas yang dipamerkan di pasar raya Emart yang terletak di Cawangan Batu Kawa, Matang, Tudan dan Riam.

“Tiga foto teratas dengan ‘LOVE’ yang paling banyak daripada keempat-empat cawangan ini akan memenangi hadiah baucar tersebut,” katanya.

Alexander menambah, bagi peraduan mengira angpau, hadiah tempat pertama ialah baucar wang tunai Emart bernilai RM888 manakala tempat kedua (RM688) dan tempat ketiga (RM388).

“Dengan pembelian sebanyak RM88 dan ke atas di mana-mana kedai penyewa pusat beli-belah, pasar raya dan kedai Xpress, ahli layak menyertai peraduan ini.

“Tiga ahli teratas yang berjaya mengira kuantiti angpau paling tepat di pokok nanas yang dipamerkan di pasar raya Emart yang terletak di Cawangan Batu Kawa, Matang, Tudan dan Riam, berpeluang memenangi hadiah tersebut,” katanya sambil memberitah­u gabungan resit daripada kedai penyewa boleh diterima kecuali pasar raya dan satu resit adalah layak untuk satu penyertaan sahaja.

Alexander berkata, pada 2 hingga 4 Februari dan 9 hingga 11 Februari depan, pasar raya Emart di Batu Kawa, Matang, Tudan dan Riam akan mengadakan aktiviti kemunculan ‘God of Fortune’.

Samping itu, katanya, pada 11 Februari depan iaitu dari jam 2 petang hingga 4 petang, keempat-empat pasar raya Emart terbabit, turut akan mengadakan pertunjuka­n tarian singa untuk para pelanggan mereka.

Dalamperke­mbangansam­a, Kiew mengajak peniaga yang berminat untuk menyertai bazar sempena Tahun Baharu Cina yang diadakan di pasar raya Emart Batu Kawa.

Katanya, pasar raya Emart itu akan diadakan pada 25 Januari hingga 14 Februari depan dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam.

Kiew berkata, sebanyak 15 gerai akan disediakan yang menjual pelbagai barangan perayaan seperti pakaian, buah-buahan, kuih-muih dan sebagainya.

“Bagi peniaga yang berminat untuk menyertai bazar ini, mereka boleh menghubung­i saya di talian 010-9727262,” ujarnya.

 ??  ?? PERTANDING­AN SWAFOTO: Penolong Eksekutif Everrise BDC Vincent Chong (kiri), wakil Yuanda Trading Sdn Bhd Tay Sian Jin (tengah) dan Eksekutif Kanan Everrise BDC Siaw Siew Tiong (kanan) memperkena­lkan peraduan kepada umum.
PERTANDING­AN SWAFOTO: Penolong Eksekutif Everrise BDC Vincent Chong (kiri), wakil Yuanda Trading Sdn Bhd Tay Sian Jin (tengah) dan Eksekutif Kanan Everrise BDC Siaw Siew Tiong (kanan) memperkena­lkan peraduan kepada umum.
 ??  ?? PROMOSI TAHUN BAHARU CINA: Dua kakitangan pasar raya Emart Batu Kawa mempromosi­kan ‘Ong-Ong Lai 2018’ sambil menunjukka­n anak patung anjing sempena Tahun Baharu Cina.
PROMOSI TAHUN BAHARU CINA: Dua kakitangan pasar raya Emart Batu Kawa mempromosi­kan ‘Ong-Ong Lai 2018’ sambil menunjukka­n anak patung anjing sempena Tahun Baharu Cina.
 ??  ?? UNTUK JUADAH: Pelbagai pilihan biskut Tahun Baharu Cina dijual di pasar raya Emart.
UNTUK JUADAH: Pelbagai pilihan biskut Tahun Baharu Cina dijual di pasar raya Emart.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia