Utusan Borneo (Sarawak)

NELAYAN NYARIS MAUT BOT KARAM

-

BINTULU: Seorang nelayan nyaris lemas setelah bot milik beliau karam di muara Sungai Kemena sekitar jam 10.35 malam kelmarin.

Kejadian itu disahkan oleh Pengarah Maritim Daerah Bintulu (DM12) Komander Maritim Mohd Hambali Ya’akup yang berkata, bot sepanjang 30 kaki digunakan mangsa, Supian Merini, 37, sebelum itu mengalami kerosakan sebelum karam.

“Sejurus menerima maklumat berhubung insiden berkenaan, sepasukan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu yang diketuai Leftenan Madya Maritim Mohamad Hasni Lizarus bersama empat anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamat­kan mangsa,” ujarnya.

Mujurlah katanya, mangsa telah diselamatk­an oleh anak kapal sebuah kapal pelantar minyak yang kebetulan melalui muara sungai berkenaan.

Sejurus itu, mangsa yang tidak mengalami apa-apa kecederaan namun masih lemah telah dibawa ke daratan.

Justeru, Hambali menasihati orang awam terutama nelayan yang menggunaka­n bot kecil agar sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n ketika mencari hasil laut di sekitar perairan negara kerana faktor cuaca yang tidak menentu serta laut bergelora pada masa sekarang.

“Sebaik-baiknya, semua individu yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di laut hendaklah sentiasa peka akan pengumuman mengenai perubahan keadaan cuaca dan lautan bagi memastikan mereka merancang terlebih dahulu sebelum turun ke laut,” tambahnya.

 ??  ?? MUJUR SELAMAT: Supian (tengah) yang berjaya diselamatk­an oleh anak kapal sebuah kapal pelantar minyak sebelum dibawa oleh pasukan APMM Bintulu ke daratan.
MUJUR SELAMAT: Supian (tengah) yang berjaya diselamatk­an oleh anak kapal sebuah kapal pelantar minyak sebelum dibawa oleh pasukan APMM Bintulu ke daratan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia