Utusan Borneo (Sarawak)

‘Black Widow’ Perancis kena 22 tahun

Didapati bersalah kerana meracuni empat lelaki tua kaya, dua meninggal dunia

-

NICE: Seorang wanita Perancis digelar sebagai “Black Widow of the Riviera” dijatuhi hukuman penjara selama 22 tahun kelmarin kerana meracuni empat lelaki tua kaya, dua daripada mereka meninggal dunia.

Patricia Dagorn, 57, disabitkan membunuh dua lelaki ditemui mati pada 2011 di Cote d’Azur dan memberi dadah kepada dua lagi.

Pendakwa raya berkata dia cuba menjadikan dirinya kaya dengan menggoda lelaki yang lebih tua ditemuinya kebanyakan melalui sebuah agensi mencari jodoh.

“Black Widow”, yang menafikan semua tuduhan terhadapny­a, tidak terkejut langsung ketika keputusan itu dijatuhkan.

Dagorn telah menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana merompak, menipu dan perampasan melibatkan seorang warga emas di Alps Perancis pada 2012 yang bersetuju untuk membenarka­n dia tinggal bersamanya sebagai balasan untuk hubungan seksual.

Salah seorang lelaki yang dia racuni, duda berusia 91 tahun Robert Vaux, memberitah­u wartawan di mahkamah pada Isnin lepas bahawa Dagorn “adalah seperti sinaran matahari pada musim sejuk. Apabila kamu bersama seorang wanita yang lebih muda kamu tahu bahawa ia tidak akan berkekalan namun kamu tidak dapat menafikan diri kamu sendiri bagi saat-saat itu kecuali kamu adalah seorang masokis”.

Pihak pendakwa raya menggelar Dagorn sebagai seorang “narsisis sumbang laku” sementara pihak pembela menyebut mengenai seorang “mangsa” kepada kesunyian.

Peguam Negara Annie Brunet-Fuster berkata Dagorn “bukan seorang yang psikotik namun psikopat.”

Polis mula mengesyaki Dagorn selepas mayat Michel Kneffel, seorang lelaki dalam usia 60-an yang tinggal bersamanya di sebuah hotel kediaman di Nice, ditemui pada Julai 2011.

Tiada dakwaan difailkan pada masa itu, namun siasatan dibuka semula pada tahun berikutnya selepas polis menemui beberapa botol kecil Valium dan dokumen peribadi milik kira-kira 12 lelaki berlainan di kalangan baranganny­a.

Dokumen itu termasuk kad pengenalan, maklumat akaun bank dan kad insurans kesihatan.

Penyiasat kemudian mengikuti jejak satu lagi kes pembunuhan yang disyaki, Francesco Filippone, 85, yang mayatnya ditemui di dalam tab mandi dalam keadaan peringkat awal pereputan di Mouans-Sartoux, di luar Cannes, pada Februari 2011.

Dagorn pada mulanya menunaikan sekeping cek daripada Filippone berjumlah 21,000 euro, wang yang menurutnya adalah hadiah bagi membantu dia membuka sebuah kedai barangan kemas.

Polis sekarang fikir Dagorn mungkin telah menemui sekurang-kurangnya 20 lelaki, selepas tiba di French Riviera pada 2011, kebanyakan melalui sebuah agensi pencari jodoh.

Vaux, telah bersara namun kesunyian sejak kematian isterinya, membawa Dagorn tinggal bersamanya pada awal 2012 di pekan pantai Frejus.

Ketika beliau dalam keadaan nazak, Dagorn menulis kepada peguamnya, meminta agar dimasukkan di dalam wasiatnya, menurut Vaux.

Beliau dan seorang lelaki lain yang Dagorn turut dituduh meracuniny­a, Ange Pisciotta, 82, telah menyertai kes sebagai plaintif sivil.

Dagorn, yang memiliki sarjana perundanga­n, telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun yang ditangguhk­an dalam satu kes melibatkan bekas suaminya yang didapati bersalah menipu.

Pada 2013, anak lelaki bongsunya memberitah­u akhbar tempatan bahawa beliau tidak terkejut dengan tuduhan terhadap ibunya.

“Dia sentiasa taksub dengan wang yang mudah dan cepat,” anak lelakinya, hanya dikenali sebagai Guilhem, memberitah­u akhbar Nice Matin. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TAMAK: Dagorn dilihat di dalam sebuah kereta setibanya untuk menghadiri perbicaraa­n di mahkamah di Nice, selatan Perancis pada 15 Januari lalu.
— Gambar AFP TAMAK: Dagorn dilihat di dalam sebuah kereta setibanya untuk menghadiri perbicaraa­n di mahkamah di Nice, selatan Perancis pada 15 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia