Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidik digesa terus beri tumpuan terhadap BI

-

KUCHING: Warga pendidik digesa terus memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajar­an bahasa Inggeris (BI) tanpa meminggirk­an bahasa kebangsaan.

Perkara itu ditegaskan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata, BI merupakan medium komunikasi yang diguna pakai di peringkat antarabang­sa.

Tegasnya, dengan menguasai BI, ia menjadikan seseorang itu terutamany­a anak muda mampu bersaing di peringkat global.

“Di China sekalipun mereka akan memilih universiti yang memberi tumpuan kepada pengajian BI dan Malaysia tidak boleh ketinggala­n untuk melakukan perkara sama.

“Saya berharap warga pendidik dapat memainkan peranan mereka untuk memas- tikan anak-anak kita dapat menguasai BI tanpa meminggirk­an bahasa kebangsaan kita sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaia­n bantuan beg sekolah di Pusat Khidmat Parlimen Santubong, Satok di sini semalam.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, pelajar bukan sahaja perlu menguasai BI dan bahasa Ma- laysia (BM) tetapi juga bahasa Mandarin.

“Ini penting kerana negara kini ke arah menarik pelaburan bersama China melibatkan jumlah berbilion ringgit.

“Malah, China juga merupakan negara pelancong terbesar dan kebolehan dalam bahasa Mandarin akan menjadi kelebihan untuk seseorang itu berkomunik­asi dengan pelancong dari tanah besar itu,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia