Utusan Borneo (Sarawak)

Pekebun kecil kelapa sawit harus pelbagai aktiviti ekonomi: Uggah

-

KUCHING: Penanam kelapa sawit di negeri ini terutama pekebun kecil perlu mempelbaga­ikan aktiviti ekonomi untuk memastikan mereka mempunyai sumber pendapatan yang stabil.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, pekebun kecil kelapa sawit tidak boleh bergantung kepada satu jenis tananam komoditi sahaja.

Sebaliknya menurut Uggah, mereka digalakkan untuk menceburi aktiviti ekonomi yang lain seperti ternakan kelulut, lembu atau kambing.

“Saya telah bercakap mengenai perkara ini banyak kali kepada para pekebun kecil supaya mereka tidak bergantung pada satu jenis tanaman komoditi sahaja.

“Mereka perlu mengembang­kan aktiviti ekonomi mereka kepada aktiviti ekonomi atau tanaman komiditi lain untuk menampung sumber pendapatan mereka.

“Sebab itulah, terdapat perubahan dalam dasar kerajaan di mana kita memberikan subsidi kepada keluarga yang menanam lebih daripada satu tanaman untuk membantu mereka mempunyai sumber pendapatan yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Ketua Menteri merasmikan Persidanga­n Sains Biokesihat­an Antarabang­sa (IBSC) di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Tambah Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, antara tanaman lain berpotensi diceburi oleh pekebun kecil selain kelapa sawit ialah nanas, durian dan rambutan.

Berhubung isu kelapa sawit oleh Kesatuan Eropah (EU), Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata ia sangat malang bagi penanam sawit di negara ini.

Menurut Uggah, beliau telah membuat kenyataan berhubung isu itu dan mengulangi rasa kecewa kerajaan negeri dengan keputusan EU mengharamk­an penggunaan kelapa sawit dalam biofuel.

Keputusan itu katanya, akan mengurangk­an pengeluara­n dan harga kelapa sawit sekali gus memberi kesan kepada penanam dan pekebun kecil kelapa sawit di seluruh negara.

“Bagi industri kelapa sawit di Sarawak, kerajaan sedang mengkaji pelan induk di mana ia menyasarka­n dua juta hektar tanah ditanam dengan pokok kelapa sawit.

“Sekarang kita sedang mencari cara untuk membangunk­an aktiviti hiliran dan meningkatk­an produk hiliran untuk kelapa sawit di Sarawak kerana jika dibandingk­an dengan Sabah, kita masih berada di belakang,” katanya.

 ??  ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia