Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mempunyai kabinet dibarisi menteri dan menteri muda berintegri­ti dalam berkhidmat kepada rakyat: Asfia

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Calon Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14) tidak berdepan sebarang masalah untuk menjalani tapisan integriti untuk memastikan mereka bebas salah laku melibatkan integriti.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, Sarawak mempunyai kabinet dibarisi menteri dan menteri muda berintegri­ti dalam berkhidmat kepada rakyat.

“Sarawak tidak ada masalah (untuk menjalani tapisan integriti) kerana memang Yang Berhormat kita, menteri dan menteri muda kita berintegri­ti.

“Dengan faktor berintegri­ti inilah BN mendapat keme-

Sarawak tidak ada masalah (untuk menjalani tapisan integriti) kerana memang Yang Berhormat kita, menteri dan menteri muda kita berintegri­ti. Dengan faktor berintegri­ti inilah BN mendapat kemenangan besar di Sarawak pada pilihan raya lepas.

nangan besar di Sarawak pada pilihan raya lepas,” ujarnya ketika ditemui media selepas penyerahan cek RM100,000 kepada Masjid Baitul Iman Daerah Limbang untuk pembinaan dewan mini semalam.

Cek yang disumbangk­an beliau diserahkan kepada Pengerusi Masjid Baitul Iman Daerah Limbang Penghulu Jamil Bakar.

Turut hadir ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely, Bendahari Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang ( LAKIL) Mahmud Amit, Penghulu Abu Tinggal dan ketua masyarakat lain.

Asfia berkata, Sarawak mengamalka­n pendekatan yang teliti untuk mencari pemimpin sejak dahulu lagi.

“Kita bukan saja melihat aspek kualiti, populariti tetapi integriti calon BN.

“Jika tak ada integriti bagaimana seorang pemimpin hendak berkhidmat untuk menolong rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua calon BN bagi PRU14 sedang menjalani tapisan integriti sepenuhnya untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan sebarang salah laku melibatkan integriti.

Tapisan integriti, menurut Ahmad Zahid, akan menjadi perkara utama dalam pemilihan calon walaupun negeri-negeri telah menghantar nama- nama calon untuk kerusi Parlimen dan DUN.

Tapisan itu dilakukan oleh unit khas BN bersama agensiagen­si berkaitan, khususnya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain tapisan integriti terhadap calon, Ahmad Zahid berkata, BN juga sedang melaksanak­an tapisan laporan kesihatan calon supaya pilihan raya kecil tidak berlaku dalam waktu singkat selepas PRU14.

Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar Speaker DUN

 ??  ?? KEMUDAHAN RAKYAT: Asfia (depan enam kiri), menyerahka­n cek kepada Jamil disaksikan Abu (tujuh kiri), Mahmud, Abdul Rahim, Paulus (dua kanan), dan ahli jawatankua­sa masjid semalam.
KEMUDAHAN RAKYAT: Asfia (depan enam kiri), menyerahka­n cek kepada Jamil disaksikan Abu (tujuh kiri), Mahmud, Abdul Rahim, Paulus (dua kanan), dan ahli jawatankua­sa masjid semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia