Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga kawasan di Kuching perintis pemasangan sistem perakam data komprehens­if untuk memantau kejadian banjir

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak memperkena­lkan alat perakam paras air semasa banjir yang dikenali Intelligen­t Gauge (IG) dengan tiga kawasan di bandar raya dijadikan sebagai perintis.

Hasil ciptaan kumpulan inovasi JPS Sarawak dikenali DID Kenyalang itu merupakan alat inovasi pertama di Sarawak seumpamany­a yang merupakan sistem perakam paras hibrid serta komprehens­if untuk merekodkan data paras air secara telemetrik dan ‘real-time’ sekali gus memantau kejadian banjir.

Penolong Pengarah Cawangan Hidrologi dan Sumber Air JPS Sarawak Normahyusn­i Mohd Annuar berkata, alat berkenaan akan menghantar data menerusi SMS kepada telefon bimbit pegawai JPS Sarawak yang bertugas.

“Ia akan terus menghantar data sebaik sahaja mengesan paras air setinggi 0.15 meter dan lampu akan berfungsi untuk memberi amaran secara audio dan video kepada penduduk sekitar.

Ia akan terus menghantar data sebaik sahaja mengesan paras air setinggi 0.15 meter dan lampu akan berfungsi untuk memberi amaran secara audio dan video kepada penduduk sekitar. Normahyusn­i Mohd Annuar Penolong Pengarah Cawangan Hidrologi dan Sumber Air JPS Sarawak

“Kita meletakkan­nya di tiga tempat sebagai permulaan iaitu di Jalan Badruddin, Kuarters Persekutua­n di Jalan Durian Burung dan SK Muara Tuang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas demonstras­i IG bersama media di Jalan Durian Burung di sini, semalam.

Tambah Normahyusn­i, JPS merancang memperluas­kan IG ke kawasan lain di negeri ini selepas meneliti keberkesan­annya di tiga kawasan berkenaan.

Malah kata beliau, pegawai JPS kini tidak lagi perlu turun ke padang kerana menerima maklumat atau data yang direkod IG berbanding sebelum ini yang memerlukan pegawai ke kawasan bagi mengukur kenaikan paras air.

“Sebelum ini kita perlu melakukan secara manual di mana pegawai perlu ke tapak untuk mengukur paras air yang naik untuk mengetahui tahapnya.

“Namun apa yang penting, kini IG memantau kenaikan air supaya komuniti di kawasan itu tahu serta berjaga-jaga dengan banjir,” katanya.

Sementara itu, Jurutera Awam JPS Sarawak Inja Hellegers Achong berkata, kumpulan DID Kenyalang yang diketuai beliau memerlukan masa tiga bulan untuk menghasilk­an alat inovasi berkenaan.

Beliau berkata, alat berkenaan dapat merekodkan data daripada banjir kilat yang berlaku dalam masa singkat dan terus mengeluark­an siren sekiranya ia mencapai tahap paras air tertentu yang ditetapkan.

“Sebab banjir kilat berlaku dalam masa tiga hingga enam jam sahaja dan kita tidak pernah ada data banjir kilat sebelum ini kerana ia terlalu singkat untuk direkodkan.

“Namun dengan alat ini, ia amat cepat dan IG akan menghantar data iaitu tahap air 0.15 meter untuk berjaga-jaga, 0.2 meter (amaran) dan 0.3 meter atau sekaki (bahaya),” jelasnya.

Tambah Inja, ia salah satu kaedah pengukuran bukan struktur seperti tebatan banjir, tetapi lebih kepada komuniti setempat atau terjejas banjir bagi membolehka­n mereka berjaga-jaga dengan kenaikan paras air.

Katanya, Sarawak pertama menggunaka­n alat IG yang komprehens­if iaitu kombinasi secara keseluruha­n seperti data paras air, sistem siren dan lampu.

“Di negeri lain ada sistem siren untuk banjir atau kenaikan paras air tetapi tidak seperti ini yang lebih komprehens­if yang boleh dihantar terus melalui SMS,” katanya.

 ??  ?? INOVASI TERKINI: Normahyusn­i (tiga kiri) dan Inja (empat kiri) bersama ahli pasukan DID Kenyalang lain merakamkan kenangan selepas demonstras­i IG yang dipasang di Kuarters Persekutua­n di Jalan Durian Burung di Kuching, semalam.
INOVASI TERKINI: Normahyusn­i (tiga kiri) dan Inja (empat kiri) bersama ahli pasukan DID Kenyalang lain merakamkan kenangan selepas demonstras­i IG yang dipasang di Kuarters Persekutua­n di Jalan Durian Burung di Kuching, semalam.
 ??  ?? PRIHATIN: Rohani (kiri) berbual mesra dengan salah seorang klien JKM, Udin Usop (duduk kanan) semasa kunjungan di Kampung Hulu, Pusa semalam.
PRIHATIN: Rohani (kiri) berbual mesra dengan salah seorang klien JKM, Udin Usop (duduk kanan) semasa kunjungan di Kampung Hulu, Pusa semalam.
 ??  ?? PENDEKATAN TEKNOLOGI: Seorang kakitangan JPS Sarawak meneliti IG yang dipasang di Kuaters Persekutua­n di Jalan Durian Burung yang berfungsi merakam paras air di kawasan berkenaan sekiranya banjir.
PENDEKATAN TEKNOLOGI: Seorang kakitangan JPS Sarawak meneliti IG yang dipasang di Kuaters Persekutua­n di Jalan Durian Burung yang berfungsi merakam paras air di kawasan berkenaan sekiranya banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia