Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar malam berpusat untuk peniaga di Limbang siap pertengaha­n Februari

-

LIMBANG: Peniaga pasar malam yang berjaja secara berselerak di tepi-tepi jalan di bandar ini bakal dipusat dan diselarask­an dengan siapnya pasar malam berhampira­n Jalan Padang pertengaha­n Februari depan.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat berkata projek itu merupakan usaha MDL menjadikan gerai dan pasar malam di sini lebih sistematik di satu kawasan untuk memudahkan pemantauan kebersihan selain mengubah landskap bandar khususnya pada waktu malam.

Beliau berkata, projek tersebut di bawah kerajaan negeri dan MDL dipilih antara pihak berkuasa tempatan ( PBT) melaksanak­an projek pasar malam terbabit.

“Projek itu kini memasuki 85 peratus pembinaan untuk memasukkan aspek landskap, pencahayaa­n dan pentas mini.

“Ia merupakan aktiviti utama peniaga pasar malam dan keutamaan diberikan kepada peniaga berjual waktu malam dan ‘food truck’ yang mempunyai lesen sementara,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, sejumlah RM300,000 diperuntuk­kan kerajaan negeri untuk pembinaan projek itu yang dijangka siap Februari depan.

Sufian optimis projek itu akan memeriahka­n aktiviti ekonomi penduduk setempat selain menjadi tarikan kepada pengunjung.

“Penstruktu­ran semula pasar malam dan gerai jalanan mampu menjadikan persekitar­an Limbang lebih bersih dan tersusun berbanding peniaga membuka gerai sesuka hati terutama di kali lima, tepi bangunan dan taman permainan,” jelasnya. SIBU: Lima persatuan penjaja menyumbang sejumlah RM7,000 kepada Sekolah Menengah (SM) Guong Ming, Sungai Bidut di sini semalam bagi tujuan pembanguna­n sekolah itu.

Penderma terdiri Persatuan Penjaja Bahagian Sibu (PPBS) yang menyumbang RM3,000, manakala Persatuan Penjaja Bahagian Sibu dan Maradong Bersatu, Persatuan Pemilik Kedai Kecil Sibu, Persatuan Kebajikan Penjaja Sibu dan Persatuan Penjaja Pasar Sentral Sibu masing- masing menyumbang RM1,000.

Majlis penyerahan sumbangan dalam bentuk cek diadakan di pejabat Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King yang juga pengerusi lembaga sekolah itu.

Pasa masa ini, sekolah itu hampir menyiapkan gelanggang bola keranjang berserta bumbung dan bangunan hos- tel menelan kos RM3 juta.

Justeru, Tiong menggesa orang ramai supaya tampil memberi sumbangan bagi melancarka­n pembanguna­n sekolah tersebut.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada penyumbang dan berharap lebih ramai tampil memberi sumbangan pada masa akan datang.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Pengerusi PPBS, Chiong Siong Nguong (empat kiri) menyampaik­an sumbangan RM3,000 kepada Tiong dan wakil persatuan lain.
TERIMA KASIH: Pengerusi PPBS, Chiong Siong Nguong (empat kiri) menyampaik­an sumbangan RM3,000 kepada Tiong dan wakil persatuan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia