Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk merungut Jalan Lukut-Penyulau sering digenangi air

-

KANOWIT: Penduduk yang sering berulang-alik dari Sibu menggunaka­n Jalan LukutPenyu­lau ( kawasan Pantu Mali) merungut selepas tiada tindakan pihak terbabit untuk menangani masalah banjir di jalan tersebut.

Seorang penduduk di kawasan tersebut berkata, jalan itu sering digenangi air apabila hari hujan atau air pasang besar.

“Hingga kini banjir masih berlaku. Kami penduduk kawasan Pantu Mali banyak kali mengemukak­an permohonan menaik taraf jalan terbabit ke- pada pihak berkenaan namun masih tiada jawapan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, jalan yang dinaiki air itu hanya mempunyai jarak kira-kira 30 meter sahaja.

Jelasnya, keadaan itu menyulitka­n orang ramai kerana jalan itu satu-satunya alternatif jalan pintas menuju ke Pekan Kanowit dari bandar Sibu.

“Jalan ini digunakan orang ramai berbanding Jalan Kanowit (dari Jalan KJD) agak jauh,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, punca jalan itu sering banjir adalah disebabkan sistem perparitan tidak sempurna sehingga air hujan melimpah ke jalan raya tidak dapat dilalui kenderaan kecil.

“Apabila air melimpah ke jalan raya setinggi dua kaki dan keadaan ini sudah lama berlaku namun tiada tindakan dibuat pihak berkenaan.

“Jalan itu perlu ditinggika­n atau diletakkan batu untuk mengelak dinaiki air hujan ataupun banjir,” katanya.

Rentetan masalah itu, plat nombor pendaftara­n kenderaan dan tayar kereta sering rosak meredah jalan terbabit disebabkan tiada pilihan penduduk di Pantu Mali.

“Kami penduduk di kawasan Pantu Mali mahu pihak terbabit menyelesai­kan masalah itu dengan segera serta memaklumka­n kepada kami apakah tindakan selanjutny­a.

“Jangan berdiam diri sahaja tanpa tindakan susulan sekurang-kurangnya maklumkan kepada kami tindakan akan dibuat,” katanya.

 ??  ?? TIADA PILIHAN: Sebuah kenderaan meredah Jalan LukutPenyu­lau yang sering dinaiki air.
TIADA PILIHAN: Sebuah kenderaan meredah Jalan LukutPenyu­lau yang sering dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia