Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks jenayah menurun hasil kerjasama erat masyarakat dalam usaha membantera­s jenayah: KPD

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu mencatat kejayaan besar melalui kerjasama masyarakat dalam usaha membantera­s jenayah di bahagian ini sepanjang tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, penurunan indeks kes jenayah di Bintulu sepanjang 2017 ialah sebanyak 588 kes berbanding 680 kes pada 2016 dengan penurunan dalam Penunjuk Prestasi Utama ( KPI) 5 peratus iaitu 13.53 peratus bersamaan 92 kes.

Katanya, di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 ( POCA) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Bintulu membuat tangkapan seramai 27 individu sekali gus IPD kedua tertinggi yang mengambil tindakan di bawah Akta POCA.

Kadar jenayah kekerasan yang dicatatkan adalah sebanyak 65 kes pada 2017 berbanding 71 kes ( 2016) iaitu menurun sebanyak enam kes bersamaan 8.45 peratus, diikuti jenayah harta benda 523 kes (2017) berbanding 609 kes (2016) penurunan 86 kes bersamaan 14.12 peratus dengan peratusan penyelesai­an 56.97 peratus daripada 588 kes yang dilaporkan.

Jenayah harta benda pula, katanya, sebanyak 523 kes dicatat pada 2017 berbanding 609 kes (2016) iaitu penurunan 86 kes bersamaan 14.12 peratus.

Dalam usaha membantera­s penyalahgu­naan dadah katanya, JSJ Narkotik IPD Bintulu mencatatka­n peningkata­n 122 tangkapan pada 2017 atau 26.9 peratus bersamaan 575 individu keseluruha­n berbanding 453 individu pada 2016.

“Kes jenayah komersial sama ada membabitka­n pecah amanah dan penipuan, IPD Bintulu berjaya meningkatk­an pertuduhan sebanyak 196 pertuduhan bersamaan 252 peratus ( peningkata­n sebanyak 140 pertuduhan) berbanding 2016 iaitu hanya 56 pertuduhan,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan PDRM IPD Bintulu di pekarangan IPD Bintulu semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Jame Reis serta pegawaipeg­awai kanan polis lain.

Justeru katanya, pihaknya merangka konsep ‘community policing’ dengan meli- batkan masyarakat melalui pendekatan turun padang untuk mengelak masyarakat menjadi mangsa jenayah.

“Kami telah merangka gerak kerja ‘Meet and Greet’ yang mana anggota dan pegawai berjumpa dengan peniaga untuk mendapatka­n maklumat dan respons masyarakat berkenaan pelbagai perkara.

“Fokus utama adalah untuk memastikan keselamata­n dan keamanan terjamin serta masyarakat dapat hidup sejahtera,” katanya.

Beliau berkata, konsep yang dibuat itu bukan hanya memfokus kawasan bandar tetapi di pedalaman termasuk kawasan ‘hot spot’ dengan berjumpa masyarakat melalui penekanan kepada keselamata­n.

“Kami melihat corak jenayah itu sendiri, kawas- an yang menjadi tumpuan dengan pihak Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Ronda Bermotosik­al ( URB) dan Amanita melakukan rondaan.

“Pegawai dan anggota pula akan membuat program lain bukan sahaja rondaan di peringkat MPV dan URB bahkan pada awal Februari ini kami akan melancar program berbasikal yang melibat semua peringkat pegawai dan anggota akan turun padang untuk melakukan rondaan berbasikal,” jelasnya.

Selain itu, katanya, pihaknya akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada 30 Januari ini di penempatan Sungai Plan dan memperkena­l Volunteer Smartphone Patrol (VSP) melalui acara bertemu masyarakat di peringkat akar umbi.

 ??  ?? KHIDMAT MASIH PERLU: Sherrina (tengah) bersama para temenggung (menunjukka­n sijil) dan tetamu kehormat di Pejabat Residen Miri kelmarin.
KHIDMAT MASIH PERLU: Sherrina (tengah) bersama para temenggung (menunjukka­n sijil) dan tetamu kehormat di Pejabat Residen Miri kelmarin.
 ??  ?? BANTERAS JENAYAH: Zulkipli (duduk tengah) bersama Jame (duduk dua kiri) serta pegawai-pegawai kanan polis IPD Bintulu pada sidang media semalam.
BANTERAS JENAYAH: Zulkipli (duduk tengah) bersama Jame (duduk dua kiri) serta pegawai-pegawai kanan polis IPD Bintulu pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia