Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Agenda DBKU berlangsun­g 26-28 Januari di Tebingan Kuching bertema ‘Digilitasi Ke Arah Bandar Pintar dan Mesra’

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurk­an Majlis Agenda DBKU buat kali ketujuh dari 26 hingga 28 Januari ini.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata majlis yang diperkenal­kan pada 2012 itu akan berlangsun­g di Tebingan Kuching dengan tema ‘ Digilitasi Ke Arah Bandar Pintar dan Mesra.’

Menurutnya, objektif penganjura­n majlis adalah untuk memupuk semangat perpaduan sekali gus merapatkan silaturahi­m dalam kalangan warga kota sejajar dengan fokus dan agenda DBKU selama ini bagi memperkasa­kan Komuniti Kuching Utara (KomunitiKU).

“Majlis perasmian akan disempurna­kan pada 27 Januari (Sabtu) bermula jam 8.30 malam oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DBKU di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Abdul Wahap berkata pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang tiga hari penganjura­n majlis tersebut.

“Antaranya pameran KomunitiKu, ekspo digital oleh agensi kerajaan dan swasta, Mini Pusat Transforma­si Bandar (UTC), ceramah perdana, persembaha­n Konsert Millenia, pertunjuka­n bunga api, sukan dan banyak lagi.

“Justeru, orang ramai dipelawa untuk menghadiri program selama tiga hari ini yang padat dengan aktiviti menarik, selain informasi dan makumat terkini untuk warga kota.

“Dijangka seramai lebih 50,000 orang akan hadir memeriahka­n majlis tersebut,” katanya.

Kata beliau lagi, buat juling kali DBKU akan bekerjasam­a dengan SACOFA Sdn Bhd untuk memastikan kelancaran jalur lebar pada acara tersebut.

“Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunk­an ekonomi digital di negeri ini, kita akan menyediaka­n kelajuan Internet satu Gigabit sesaat (1Gbps) untuk warga kota yang berkunjung ke majlis ini.

“Harapan kita dengan adanya Internet berkelajua­n tinggi ini nanti, seluruh warga kota Kuching akan merakam swafoto dan memuat naik gambar tersebut di Facebook dan Instagram dengan menggunaka­n hastag #sayangiKCH dan #MA2018,” ujarnya.

Pada sidang media tersebut, turut diadakan majlis menandatan­gani memorandum

Majlis perasmian akan disempurna­kan pada 27 Januari (Sabtu) bermula jam 8.30 malam oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Openg. ” Abang Johari Tun Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai Datuk Bandar DBKU

persefaham­an (MoU) antara DBKU dan Sacofa yang masing-masing diwakili oleh Abang Abdul Wahap dan Pengarah Urusan SACOFA Sdn Bhd Zaid Zain.

 ??  ?? JOM SERTAI KAMI: Abang Abdul Wahap merakamkan kenangan bersama agensi-agensi yang terlibat untuk penganjura­n Majlis Agenda DBKU 2018 di Kuching, semalam.
JOM SERTAI KAMI: Abang Abdul Wahap merakamkan kenangan bersama agensi-agensi yang terlibat untuk penganjura­n Majlis Agenda DBKU 2018 di Kuching, semalam.
 ??  ?? KERJASAMA ERAT: Abang Abdul Wahap bertukar-tukar dokumen MoU dengan Zaid pada sidang media Majlis Agenda DBKU 2018 di Kuching, semalam.
KERJASAMA ERAT: Abang Abdul Wahap bertukar-tukar dokumen MoU dengan Zaid pada sidang media Majlis Agenda DBKU 2018 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia