Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching masih catat jumlah tertinggi gigitan haiwan baharu

-

KUCHING: Bahagian Kuching masih mencatatka­n jumlah tertinggi gigitan haiwan baharu yang dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Sarawak semalam.

Sebanyak 28 kes gigitan haiwan dilaporkan berbanding 21 kes kelmarin di seluruh negeri yang terdiri pada 11 kes di Bahagian Kuching, diikuti tujuh kes di Serian, Samarahan (5), Betong (4) dan Sarikei (1).

Sebanyak 16 daripada kes itu melibatkan haiwan peliharaan (14 anjing dan lapan kucing) manakala enam lagi kes adalah daripada haiwan liar (dua anjing liar serta empat kucing liar).

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan semalam berkata, semua kes telah diberikan vaksin antirabies.

Setakat ini, bilangan terkumpul gigitan haiwan yang dilaporkan sejak 1 April lalu adalah 6,000 kes dengan 2,361 daripada kes tersebut telah diberi vaksin.

Mengenai perkara lain, JPBN memaklumka­n bahawa kempen pemvaksina­n antirabies secara besar-besaran untuk anjing peli- haraan akan diadakan hari ini (20 Januari) di Balai Raya Tondong oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS).

Orang ramai yang memiliki anjing peliharaan belum divaksin dinasihat untuk mendapatka­n vaksinasi pada acara ini yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Justeru, pemilik haiwan peliharaan dinasihat untuk segera menghubung­i jabatan di talian 082-612949 atau 082-611607 jika melihat sebarang perubahan tingkah laku terhadap haiwan peliharaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia