Utusan Borneo (Sarawak)

Keutamaan selesaikan kes rayuan tertunggak sejak 2016

Tun Raus jamin kes lapuk tertunggak di Sabah, Sarawak diselesaik­an selewat-lewatnya pertengaha­n tahun ini

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif memberi jaminan semua kes rayuan tertunggak sejak 2016 di Sabah dan Sarawak akan diselesaik­an selewatlew­atnya pertengaha­n tahun ini.

“Keutamaan kita pada tahun 2018 ini adalah memberi tumpuan untuk menyelesai­kan semua kes rayuan yang tertunggak sejak 2016.

“Bagi Sabah dan Sarawak, saya serahkan kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum untuk memastikan tiada kes lapuk tertunggak di Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah di kedua-dua negeri ini sehingga Jun 2018,” ujarnya.

Raus berkata demikian ketika berucap pada Pembukaan Tahun Perundanga­n Sabah dan Sarawak 2018 yang berlangsun­g di sini semalam.

Hadir sama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Datuk Seri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarop, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Peguam Negara Tan Sri Mo-

Bagi Sabah dan Sarawak, saya serahkan kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum untuk memastikan tiada kes lapuk tertunggak di Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah di keduadua negeri ini sehingga Jun 2018.

hamed Apandi Ali, Peguam Negeri Sabah Zaleha Rose Pandin dan Peguam Negeri Sarawak Datuk Talat Mohmood Abdul Rashid.

Turut hadir Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) Brendon Keith Soh dan Presiden Persatuan Peguambela Sarawak, Ranbir Singh.

Dalam ucapan lanjutnya, Raus turut memberikan pecahan kes rayuan yang tertunggak bagi kedua-dua negeri tersebut.

Katanya sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 110 kes rayuan dari Sabah masih tertunggak di Mahkamah Persekutua­n dan daripada jumlah itu, hanya satu kes merupakan kes prarayuan 2016, 34 kes rayuan yang difailkan pada 2016 dan 75 kes lagi pada 2017.

Manakala bagi Sarawak, terdapat 88 kes rayuan yang masih tertunggak sehingga suku ketiga bulan Disember 2017 dan daripada jumlah itu 25 kes atau 30 peratus merupakan kes 2016 dan 57 kes atau 70 peratus merupakan kes tertunggak 2017.

“Tiada kes prarayuan 2016 tertunggak di Sarawak,” katanya sambil mengulangi keutamaan tahun ini adalah menyelesai­kan semua kes prarayuan 2017.

Dalam pada itu menurut Raus, sepanjang 2017, Mahkamah Rayuan telah bersidang selama 12 kali di Sabah dan Sarawak dan ia dilakukan secara bergilir-gilir iaitu masing-masing enam kali di Kota Kinabalu dan Kuching.

Pada majlis liau turut sama, bemerasmik­an Mahkamah Bergerak yang pertama di Sarawak dan ia akan digunakan untuk kawasan Bintulu.

Berucap pada majlis sama, Richard berkata penubuhan Mahkamah Bergerak berjaya mencapai objektifny­a untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada penduduk di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses perhubunga­n yang baik.

“Malah ia menjimatka­n kos kerana hanya perlu membelanja­kan RM5,000 hingga RM6,000 sebulan,” ujar beliau lanjut.

Dalam pada itu, lebih 400 orang terdiri daripada para pengamal undang-undang dan kakitangan Jabatan Kehakiman dari Sabah dan Sarawak telah menyertai perarakan yang merupakan acara kemuncak sambutan Pembukaan Tahun Perundanga­n kali ketujuh yang berlangsun­g awal pagi semalam.

Ini merupakan kali kedua Miri menjadi tuan rumah bagi sambutan itu dengan kali pertama pada 2008.

Sepanjang program dua hari yang berlangsun­g sejak 18 hingga semalam, turut diadakan beberapa aktiviti sampingan seperti pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Tun Raus Sharif Ketua Hakim Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia