Utusan Borneo (Sarawak)

Fatimah saran penerima skim BOT yang masih mempunyai keupayaan dari segi tenaga agar menyertai aktiviti ekonomi

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Warga emas yang menerima Bantuan Orang Tua (BOT) boleh meningkatk­an pendapatan bulanan melalui penyertaan dalam aktiviti ekonomi.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perlu ada usaha untuk mengurangk­an bebanan kewangan diri dan keluarga bagi mereka yang masih mempunyai keupayaan dari segi tenaga.

“Jika diikutkan, bantuan melalui skim BOT tidaklah banyak, warga emas harus terlibat dalam aktiviti berkaitan ekonomi,” katanya dalam ucapan perasmian Program Sejambak Kasih sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Masyarakat Dalat pagi semalam.

Fatimah berkata, aktiviti ekonomi ini tidak semestinya sesuatu yang berat dan membebanka­n, sebaliknya sesuai dengan keupayaan mereka.

Pada 2017 katanya, kerajaan membelanja­kan lebih RM80 juta untuk skim berkenaan yang merupakan bayaran terbesar merangkumi 22,509 kes di negeri ini.

Skim kedua terbesar ialah Bantuan Kanak- Kanak (BKK) dengan catatan kes sebanyak 12,029 melalui pembayaran lebih RM39 juta, manakala skim Bantuan Am (BA) pula berjumlah lebih RM30 juta dengan bilangan kes sebanyak 11,232, tambahnya.

Fatimah menjelaska­n, melalui penyertaan dalam aktiviti ekonomi, warga emas dapat memperting­kat keupayaan dari segi ekonomi mereka secara berperingk­at.

“Mungkin boleh mendapat RM1,00 sebulan, seterusnya RM2,000 dan lebih, dan ketika itu tidak perlu lagi skim BOT.

“Apabila bantuan itu tidak diperlukan lagi, ia mungkin dapat disalur kepada orang lain yang lebih memerlukan,” katanya.

Setiap penerima kim BOT menerima bantuan RM300 bagi satu kes, sementara bermula pada 2018 ia telah dinaikkan kepada RM350.

Pada majlis sama, Fatimah turut menyampaik­an angpau dan hamper kepada 77 penerima.

Turut hadir Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh dan Ketua Msyarakat Cina Dalat Penghulu Sim Tan Chuan.

Jika diikutkan, bantuan melalui skim BOT tidaklah banyak, warga emas harus terlibat dalam aktiviti berkaitan ekonomi.” Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? KONGSI KECERIAAN: Fatimah (empat kanan) ketika menyerahka­n hamper dan angpau kepada dua beradik penerima sambil disaksikan yang lain.
KONGSI KECERIAAN: Fatimah (empat kanan) ketika menyerahka­n hamper dan angpau kepada dua beradik penerima sambil disaksikan yang lain.
 ??  ?? BINCANG: Rizal (duduk, tengah) mempengeru­sikan mesyuarat penyelaras­an bersama Bintulu Photograph­y Festival 2018 di Pejabat Residen Bintulu bersama wakil agensi kerajaan dan NGO tempatan.
BINCANG: Rizal (duduk, tengah) mempengeru­sikan mesyuarat penyelaras­an bersama Bintulu Photograph­y Festival 2018 di Pejabat Residen Bintulu bersama wakil agensi kerajaan dan NGO tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia