Utusan Borneo (Sarawak)

BDA perluas kempen antikutu sampah di lapangan terbang

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) terus memperluas Kempen Antikutu Sampah dengan melibatkan penyertaan pengurusan Lapangan Terbang Bintulu bagi membantera­s kutu sampah di kawasan terbabit kelmarin.

Antara pendekatan yang dibuat BDA adalah menyerahka­n sepanduk iklan dan risalah yang memaparkan maklumat kempen dan kompaun yang akan dikenakan.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata BDA meminta pihak pengurusan untuk mempamerka­n maklumat terbabit di pintu masuk utama Lapangan Terbang Bintulu.

Selain pemasangan sepan- duk iklan itu katanya, BDA memohon kerjasama Polis Bantuan Labangan Terbang Bintulu memberi nasihat kepada penumpang dan orang awam untuk menjaga kebersihan lapangan terbang terbabit dan persekitar­annya.

Katanya pihak terbabit juga diharap dapat memberi maklumat kepada pihak BDA sekiranya ternampak kutu sampah yang membuang sampah di merata- rata di kawasan terbabit.

Daripada usaha dan perluasan kempen itu katanya, BDA berterima kasih kepada pengurusan lapangan terbang terbabit atas respons positif mereka.

Terdahulu Kempen An- tikutu Sampah dilancar pada 6 Januari lalu di mana individu yang membuang sampah sama ada bungkusan makanan, minuman, kertas, plastik, puntung rokok dan sebagainya secara meratarata akan dikenakan tindakan kompaun serta-merta oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) selaras Undang-Undang Kecil 18(1)(f) Pihak Berkuasa Tempatan (Kebersihan) 1999.

Sepanjang kempen itu, anggota penguat kuasa BDA akan menjalanka­n rondaan dari semasa ke semasa di lokasi yang dikenal pasti atau mana-mana kawasan tumpuan awam di mana individu yang didapati melanggar kesalahan terbabit akan dikenakan kompaun RM15 di bawah undang-undang berkaitan atau mengikut kadar dan kekerapan kesalahan dilakukan.

BDA turut memandang serius berkenaan kes kesalahan berat membabitka­n pembuangan sampah secara haram yang masih berleluasa di Bintulu dan penalti maksimum bagi kesalahan itu yang berjumlah RM1,000 akan dikenakan ke atas mana-mana pesalah yang ditangkap atau pesalah yang disabitkan di mahkamah.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat di Pejabat Perkhidmat­an Perbandara­n (PERBINDA) di talian 086332662 atau hantar teks pesanan ringkas (SMS) ke hotline 013-8362277.

 ??  ?? PERLUAS: Rodziah (lima kanan) bersama pengurusan, anggota penguat kuasa BDA serta pihak pengurusan menunjukka­n sepanduk iklan Kempen Antikutu Sampah di Lapangan Terbang Bintulu.
PERLUAS: Rodziah (lima kanan) bersama pengurusan, anggota penguat kuasa BDA serta pihak pengurusan menunjukka­n sepanduk iklan Kempen Antikutu Sampah di Lapangan Terbang Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia