Utusan Borneo (Sarawak)

Waspada HFMD yang dibimbangi meningkat selepas musim perayaan

-

SIBU: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menasihati orang ramai agar mengambil langkah perlu terhadap penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) yang dibimbangi meningkat selepas musim perayaan.

Menurut kenyataan media jabatan, langkah pencegahan amat perlu memandangk­an penyakit ini amat mudah merebak, lebih-lebih lagi dengan pergerakan orang ramai ketika musim perayaan.

Sehingga penghujung 2017, Sarawak mencatakan 7,205 kes iaitu pertambaha­n sebanyak 576 kes (8.7 peratus) daripada 6,629 kes pada 2016.

“Daripada 7,205 kes yang dilaporkan tahun lepas, 298 kes telah dirujuk ke hospital. Setakat ini belum ada kematian dicatatkan,” ujarnya. Bahagian Kuching mencatatka­n HFMD tertinggi tahun lepas dengan 2,015 kes (27.97%), diikuti Sibu 1,009 kes (14%), Samarahan 998 kes (13.85%), Miri 923 kes (12.81%), Sri Aman 462 kes (6.41%), Bintulu 375 kes (5.20%), Sarikei 337 kes (4.68%), Betong 319 kes (4.43%), Kapit 294 kes ( 4.08%), Mukah 279 kes (3.87%) dan Limbang 194 kes (2.69%).

Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 31 taska dan tadika di seluruh negeri telah ditutup tahun lepas berikutan penyakit HFMD, di mana 13 di Bahagian Kuching, Miri (8), Samarahan (6), Mukah (2) dan Sri Aman serta Bintulu (1).

Sehubungan itu, pihak jabatan ingin menasihati ibu bapa agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitar­an bagi mengurangk­an risiko terkena penyakit ini, lebih-lebih lagi semasa sambutan perayaan akan datang.

“Ibu bapa harus membawa anak- anak bertemu doktor sekiranya anak mereka mengalami demam panas, ulser dalam mulut dan ruam di bahagian tapak tangan, tapak kaki dan punggung,” katanya.

Beralih kepada pihak pengurusan pusat jagaan kanakkanak dan sekolah, jabatan menasihati pihak terbabit merujuk kes ke hospital dengan segera sekiranya ada kanak-kanak yang menunjukka­n tanda-tanda penyakit HFMD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia