Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan disaran bina jalan dari Ulu Ridan ke sempadan Brunei

-

MARUDI: Pengerusi Dewan Peniagaan Cina Baram Kapitan Chua Sing Yong menyaranka­n kepada kerajaan agar membina jalan raya dari Ulu Ridan ke sempadan Brunei Darussalam.

Jalan yang dimaksudka­n itu meliputi kawasan Ulu Ridan dari persimpang­an Sungai Pasir di sini, yang dipercayai dapat menyumbang kepada peningkata­n ekonomi di pekan Marudi melalui kehadiran pelancong dari negara tersebut.

“Kita faham kos pembinaan memang menelan belanja yang besar dan memerlukan rundingan antara dua kerajaan tetapi cadangan ini boleh dipertimba­ngkan,” ujarnya.

Chua menyampaik­an saranan tersebut ketika menyertai Majlis Dialog Antara Masyarakat Cina Marudi bersama Menteri Muda Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Marudi di sini, kelmarin.

Chua kemudianny­a menyampaik­an keluhan penduduk di kawasan Kampung Cina mengenai banjir kilat yang kerap berlaku akibat masalah perparitan, lebih-lebih lagi ketika musim hujan.

Beliau seterusnya menyeru kerajaan menaik taraf parit besar dan jalan raya di kampung berkenaan demi kemudahan penduduk.

Selain itu, pemimpin masyarakat Kampung Pemindahan Kapitan William Lim turut menyampaik­an permasalah­an yang dialami penduduk melibatkan jalan di sepanjang kampung ke Stesen Lama SESCO yang sudah rosak dan berlubangl­ubang.

“Jalan raya ini rosak disebabkan lori yang mengangkut tanah ke estet mini di Kampung Cina.

“Bukan itu sahaja, jalan tersebut juga amat berbahaya untuk dilalui kerana lori bersimpang siur tanpa mengambil kira keselamata­n pengguna jalan raya yang lain,” kata William.

Justeru beliau memohon agar jalan tersebut dibaiki segera dan waktu operasi lori dihadkan khususnya pada waktu tengah hari ketika kanak-kanak pulang dari sekolah.

Menangani aduan berkenaan, Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong menyatakan mereka akan berbincang dengan pihak kontraktor agar menghentik­an operasi lori mereka di kawasan berkenaan ketika waktu puncak serta mengawal kelajuan lori yang dipandu.

Sesi dialog berkenaan dihadiri lebih 30 pemimpin dan ahli persatuan masyarakat Cina setempat.

Turut hadir Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai, Pegawai Penerangan Marudi Joseph James, Pemanca Chong Chin Hui dan ketua kaum yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia