Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Mahathir gagal batal sepina Jamal Md Yunos

Pengerusi PPBM itu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes saman Maria Chin Abdullah

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membatalka­n sepina yang diperoleh Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos supaya bekas Perdana Menteri itu menjadi saksi dalam satu kes saman berhubung BERSIH 3.0.

Sehubungan itu Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes saman aktivis, Maria Chin Abdullah terhadap Jamal, yang kini pada peringkat perbicaraa­n.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri

Pihak kami tidak akan merayu terhadap keputusan hari ini (semalam) dan Dr Mahathir akan memberi keterangan dalam perbicaraa­n kes saman itu.

peguam Ilyani Noor Khuszairy mewakili Dr Mahathir serta peguam V. Mugunthan dan Mohamed Nasser Yusof bertindak bagi pihak Jamal manakala Maria diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya.

Ilyani ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menolak permohonan Dr Mahathir atas alasan anak guamnya mempunyai peng- etahuan berkenaan BERSIH 3.0 kerana beliau pernah memberi kenyataan berhubung perhimpuna­n itu dan keterangan­nya dapat membantu mahkamah membuat keputusan dalam kes saman tersebut.

Peguam itu berkata Dr Mahathir, yang ketika itu Menteri Dalam Negeri juga mempunyai pengetahua­n berhubung penahanan suami Maria, Yunus Ali di bawah ISA.

“Pihak kami tidak akan merayu terhadap keputusan hari ini (semalam) dan Dr Mahathir akan memberi keterangan dalam perbicaraa­n kes saman itu,” katanya.

Mohamed Naseer pula berkata pihaknya berjaya membuktika­n secara prima facie bahawa Dr Mahathir perlu hadir untuk memberi keterangan di kandang saksi dan bersedia untuk menyoal beliau pada perbicaraa­n itu yang akan bersambung pada 5, 7, 8 dan 9 Mac ini.

Dr Mahathir dijangka memberi keterangan pada bulan Mac.

Pada 28 Sept 2017, Jamal memperoleh sepina itu supaya Dr Mahathir menjadi saksi dalam perbicaraa­n kes saman fitnah yang difailkan Maria terhadapny­a atas dakwaan mengaitkan BERSIH 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh.

Pada 19 Dis 2017, Dr Mahathir memohon perintah mahkamah untuk membatalka­n sepina itu atas alasan beliau tidak mempunyai pengetahua­n khusus berhubung isu berbangkit di dalam kes saman berkenaan.

Dalam permohonan­nya, Dr Mahathir turut mendakwa sepina yang diperoleh defendan telah menyalahgu­nakan proses mahkamah dan berniat jahat terhadapny­a dengan bertujuan untuk mereka-reka gimik politik defendan berhubung dengan perbicaraa­n kes saman tersebut.

Pada 14 Nov 2017, mahkamah membenarka­n permohonan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun untuk membatalka­n sepina yang diperoleh Jamal supaya beliau menjadi saksi dalam kes yang sama.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu atas alasan Mohamad Fuzi, yang ketika itu merupakan Pengarah Cawangan Khas, tidak mempunyai pengetahua­n berhubung penahanan Maria mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n ( Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pada 7 Okt 2016, Maria yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pemandu Gabungan Pilihanray­a Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyaman Jamal yang merupakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan ( NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM) selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria, 61, selaku plaintif mendakwa pada 28 Sept 2016, Jamal telah mengeluark­an kata-kata fitnah dalam satu sidang media di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra dan telah diterbitka­n serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Plaintif juga mendakwa pada 4 Okt 2016, Jamal sekali lagi mengeluark­an kata-kata fitnah terhadapny­a di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitka­n pada 5 Okt tahun sama di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik. — Bernama

Ilyani Noor Khuszairy Peguam

 ?? — Gambar Bernama ?? TANPA KELULUSAN: K. Muniandy (kanan) didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah menggunaka­n perkataan ‘kiriman wang’ pada pelekat iklan di premis perniagaan­nya tanpa kelulusan bertulis daripada Bank Negara Malaysia (BNM) di...
— Gambar Bernama TANPA KELULUSAN: K. Muniandy (kanan) didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah menggunaka­n perkataan ‘kiriman wang’ pada pelekat iklan di premis perniagaan­nya tanpa kelulusan bertulis daripada Bank Negara Malaysia (BNM) di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia