Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli perniagaan didenda RM15,000 salah guna perkataan

-

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah menggunaka­n perkataan ‘kiriman wang’ pada pelekat iklan di premis perniagaan­nya tanpa kelulusan bertulis daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Hakim Adli Abdul Ghalib turut memerintah­kan tertuduh, K. Muniandy, 53, dipenjara 12 bulan sekiranya dia gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu sebagai pemilik tunggal perniagaan Edelweiss MN Enterprise didakwa melakukan perbuatan tersebut di Bandar Sungai Pelek, Sungai Pelek, Sepang pada 16 Jan lepas. Tertuduh yang ditangkap pada hari kejadian didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Perniagaan Perkhidmat­an Wang 2011 dan dihukum mengikut Seksyen 23 (3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau keduaduany­a.

Berdasarka­n fakta kes, hasil pemeriksaa­n di premis tersebut oleh pasukan serbuan mendapati pintu cermin premis berkenaan telah mempamerka­n pelekat iklan mengandung­i perkataan “Kiriman Wang ke Luar Negara”.

Hasil semakan melalui sistem rekod Jabatan Pengawalan Perniagaan Perkhidmat­an Wang BNM, mendapati tertuduh atau perniagaan Edelweiss MN Enterprise tidak pernah diberikan sebarang kelulusan daripada BNM untuk menggunaka­n perkataan “Kiriman Wang” berhubunga­n dengan perniagaan­nya.

Terdahulu, Muniandy yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman ringan atas alasan dia perlu menanggung isteri yang tidak bekerja, ibu serta empat orang anak dengan dua daripadany­a masih belajar.

Selain itu, tertuduh berkata dia tidak tahu bahawa perbuatann­ya itu merupakan satu kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari BNM, Edward Chan pula memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh.

“Aktiviti yang dijalankan tertuduh melibatkan pengaliran mata wang kita ke luar negara dan jika tidak dipandang berat, ia akan menjejaska­n ekonomi negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia