Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK P.Pinang tumpaskan sindiket penyelewen­gan gas LPG

-

BUKIT MERTAJAM: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Pulau Pinang menumpaska­n sindiket penyelewen­gan gas petroleum cecair ( LPG) bersubsidi membabitka­n nilai rampasan sebanyak RM166,454 di sebuah stor di Nibong Tebal, dekat sini malam kelmarin.

Pengarah KPDNKK Pulau Pinang Mohd Ridzuan Abdul Ghafar berkata bertindak hasil risikan dan intipan yang dijalankan sejak seminggu lepas, pihaknya menyerbu gudang itu kira-kira jam11.30 malam dan merampas 430 tong LPG pelbagai jenis.

“Hasil risikan kami mendapati sindiket itu menjadikan gudang tersebut sebagai tempat penyimpana­n gas LPG yang didaftarka­n oleh sebuah syarikat untuk mereka menjalanka­n aktiviti pemindahan gas secara haram daripada silinder subsidi iaitu tong LPG 12 kilogram (kg) dan 14kg kepada silinder 50kg.

“Sebanyak 143 unit tong LPG 50kg membabitka­n 75 unit yang mengandung­i gas manakala selebihnya kosong serta 287 unit tong LPG 12kg dan 14kg berisi LPG serta tiga buah lori dirampas dalam serbuan berkenaan. Semuanya bernilai RM166,454,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, pihaknya turut merampas sebanyak 21 salur hos gas diubah suai yang digunakan sindiket itu untuk memindahka­n LPG berkenaan daripada tong subsidi kepada tong industri.

Mohd Ridzuan berkata semasa serbuan itu, terdapat seorang pemandu lori yang baru tiba di stor berkenaan dipercayai untuk mengambil tong-tong LPG industri untuk dihantar kepada pembeli dan pihaknya telah merekodkan keterangan lelaki berusia 40an tersebut bagi membantu siasatan.

“Ketika serbuan itu juga, kami mendapati gas LPG daripada sebahagian unit tong subsidi berkenaan sedang dipindahka­n kepada tong industri menggunaka­n salur hos gas diubah suai itu. Cara tersebut sangat berbahaya malah boleh menyebabka­n kebakaran serta letupan di gudang berkenaan,” katanya.

Katanya modus operandi sindiket itu adalah dengan mengambil bekalan LPG daripada mana-mana sumber dan memindahka­n ke silinder industri sebelum dipasarkan kepada industri di sekitar Pulau Pinang serta Perak.

Beliau berkata sindiket itu mampu mengaut keuntungan sehingga RM50 bagi setiap tong gas industri yang mereka jual dan pihaknya kini sedang mengesan pemilik syarikat yang menjadikan stor itu tempat penyimpana­n gas LPG berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Berdasarka­n siasatan awal juga, kami tidak menolak kemungkina­n sindiket itu menjadikan gudang berkenaan untuk menjalanka­n kegiatan memindahka­n gas LPG tersebut beberapa bulan lepas dan mereka juga berpindah-randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mohd Ridzuan menunjukka­n sebahagian daripada 487 unit silinder LPG pelbagai saiz yang dirampas dalam Ops Gasak yang dijalankan semalam di Nibong Tebal ketika mengadakan sidang akhbar di Kompleks Penyimpana­n Eshibit KPDNKK Negeri dekat...
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mohd Ridzuan menunjukka­n sebahagian daripada 487 unit silinder LPG pelbagai saiz yang dirampas dalam Ops Gasak yang dijalankan semalam di Nibong Tebal ketika mengadakan sidang akhbar di Kompleks Penyimpana­n Eshibit KPDNKK Negeri dekat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia