Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14 perlukan kesiapsiag­aan yang tinggi

-

SEREMBAN: Ketua Polis negeri, DCP Datuk Noor Azam Jamaludin mengingatk­an semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam Pilihan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) perlu mendalami Prosidur Operasi Standard (SOP), undang-undang berkaitan dan sentiasa profesiona­l dalam menghadapi sebarang situasi dan cabaran yang bakal dihadapi.

Katanya bagi mereka yang terlibat dengan penugasan pilihan raya ini, beliau menyaranka­n sentiasa meletakkan asas penugasan polis untuk bertindak tanpa menyebelah­i mana-mana pihak pada sepanjang masa, kerana ia penting sebagai tonggak integriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dalam memastikan PRU14 berjalan dengan lan- car, kesiapsiag­aan dan keperluan logistik serta komunikasi perlulah ditahap yang terbaik. Sistem saluran komunikasi yang cekap dengan penyaluran maklumat yang responsif akan dapat menghindar­kan fakta daripada dimanipula­si oleh mana-mana pihak.

“Saya mengharapk­an agar proses demokrasi ini berjalan lancar tanpa insiden yang boleh menjejaska­n keharmonia­n di negeri ini,” katanya pada majlis Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalma.

Katanya PRU14 memerlukan kesiapsiag­aan yang tinggi, oleh itu, para pegawai dan anggota hendaklah prihatin terhadap tuntutan kerja dan sentiasa mengambil berat terhadap keperluan untuk memberi yang terbaik dalam menjalanka­n tugas dengan penuh amanah dan rasa tanggungja­wab.

Katanya lima fasa simulasi latihan pra PRU14 telah diadakan di semua daerah bagi memastikan kesiapsiag­aan pasukan berada ditahap terbaik.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Noor Azam berkata polis Negeri Sembilan mencatatka­n penurunan kadar jenayah 11.15 peratus atau 498 kes pada tahun lepas hasil pelaksanaa­n tanggungja­wab hakiki pasukan dalam membantera­s jenayah.

Katanya berdasarka­n statistik indeks jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri 3,970 kes dilaporkan pada tahun lepas berbanding 4,468 kes pada tahun sebelumnya (2016). Katanya kes jenayah kekerasan menurun 201 kes atau 18.58 peratus iaitu daripada 1,082 kes pada 2016 kepada 881 kes pada 2017.

“Bagi kes jenayah harta benda menurun 297 kes atau 8.77 peratus iaitu daripada 3,386 kes pada 2016 kepada 3,089 kes pada 2017. Kadar penyelesai­an kes pula mencapai 59.74 peratus iaitu daripada 3,970 kes yang dilaporkan pada 2017, sebanyak 2,372 kes berjaya diselesaik­an.

“Bagi kadar pertuduhan kes keseluruha­n telah mencapai 38.60 peratus. Bagi kes indeks, pencapaian sebanyak 18.80 peratus dan non-indeks adalah sebanyak 61.60 peratus.

Namun begitu, jangan kita alpa dengan kejayaan di masa lalu kerana pelakuan jenayah adalah cabaran utama untuk ditangani kerana ia adalah berterusan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia