Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga rakyat M’sia mangsa pukul dan kurung sindiket, dihantar pulang

-

BANGKOK: Tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian (Macau Scam) dikendalik­an oleh seorang samseng warga Taiwan, dihantar pulang ke negara asal mereka oleh Polis Thailand semalam.

Menurut wakil Polis Diraja Malaysia di kedutaan Malaysia di Thailand Supt Ridzuan Abdul Aziz, dua lelaki dan seorang wanita berusia 19 tahun itu diselamatk­an dalam serbuan polis Thailand pada 27 Okt lepas hasil maklumat daripada pihak kedutaan negara.

“Ketiga-tiga mangsa rakyat Malaysia itu telah dikurung secara salah, dipukul dan dipaksa bekerja oleh sindiket yang didalangi oleh rakyat Taiwan,” katanya kepada Bernama semalam. Dua lelaki warga Malaysia itu masingmasi­ng berusia 19 dan 22 tahun.

Ketika diselamatk­an oleh polis Thailand, wanita Malaysia berusia 19 tahun itu yang mengatakan telah ditipu untuk bekerja di Bangkok, mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh dan kakinya akibat dipukul menggunaka­n batang besi oleh seorang daripada anggota sindiket terbabit.

Dalam serbuan pada 27 Okt itu, polis Thailand turut menahan seorang lelaki warga Taiwan berusia 29 tahun yang dipercayai menjadi dalang kepada sindiket penipuan terbabit.

Menurut Ridzuan, ketigatiga rakyat Malaysia itu men- jadi saksi utama polis Thailand dan ditempatka­n di Pusat Perlindung­an Saksi di Bangkok sepanjang tempoh tahanan mereka. Kesemua mereka, katanya, turut menerima pampasan daripada pihak Jabatan Kehakiman Thailand.

Dalam serbuan pada 27 Okt tahun lepas itu, yang turut dilaporkan oleh Bernama, polis Thailand turut menahan tiga lagi rakyat Malaysia yang kini masih ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Suan Phlu, Bangkok.

Dua lelaki yang ditahan itu masing-masing berusia 22 dan 27 tahun manakala wanita terbabit berusia 21 tahun itu kini ditahan sebagai sebagai saksi mahkamah, katanya.

Sehari selepas serbuan pada 27 Okt tahun lepas itu, polis Thailand menjalanka­n operasi susulan di mana mereka telah menahan seorang lagi lelaki rakyat Malaysia berusia 19 tahun berasal dari Melaka.

Ridzuan berkata, pemuda itu dipercayai bertindak merekrut mangsa untuk bekerja dengan sindiket penipuan itu. Menurut sumber polis Thailand, pemuda warga Malaysia itu mengakui bertanggun­gjawab menyewa kondominiu­m itu pada harga 87,000 Baht sebulan (RM10,800), tetapi menafikan sebarang pembabitan dengan sindiket itu atau dengan warga Taiwan itu.

Dia ditahan oleh polis negara itu setibanya di Lapangan Terbang Suvarnabhu­mi dari Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT: Pihak polis Thailand menyelamat­kan tiga rakyat Malaysia di Bangkok, semalam yang menjadi mangsa kepada sindiket penipuan dalam talian didalangi warga Taiwan selepas kondominiu­m dijadikan pusat operasi mereka diserbu pada 27 Okt tahun lepas.
— Gambar Bernama SELAMAT: Pihak polis Thailand menyelamat­kan tiga rakyat Malaysia di Bangkok, semalam yang menjadi mangsa kepada sindiket penipuan dalam talian didalangi warga Taiwan selepas kondominiu­m dijadikan pusat operasi mereka diserbu pada 27 Okt tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia