Utusan Borneo (Sarawak)

Tubuh suruhanjay­a selaras semua projek perumahan: Noh

-

PUTRAJAYA: Sebuah suruhanjay­a perumahan perlu ditubuhkan bagi menyelaras semua agensi berkaitan perumahan bagi menangani pelbagai isu berkaitan khususnya rumah mampu milik, kata Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata ketika ini terdapat beberapa agensi berkaitan perumahan di- letakkan di bawah pentadbira­n berbeza seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di bawah Jabatan Perdana Menteri manakala Syarikat Perumahan Negara Berhad ( SPNB) di bawah Kementeria­n Kewangan.

“Sampai masanya kita perlu fokus kepada satu sahaja (suruhanjay­a) kerana terlalu banyak projek perumahan di bawah bidang kuasa pelbagai agensi,” katanya pada Sesi Aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), di sini semalam.

Sebelum ini, Majlis Profesor Negara (MPN) pernah menyuaraka­n cadangan sama supaya suruhanjay­a tersebut boleh memainkan peranan sebagai sebuah entiti yang mengawal semua perkara berkaitan perumahan se- perti menyediaka­n pangkalan data.

Berhubung sesi aspirasi TN50 yang dihadiri lebih 600 wakil PBT dari seluruh negara itu, Noh berkata dengan jangkaan hampir 80 peratus penduduk negara ini tinggal di bandar pada tahun 2050, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian dalam memastikan PBT mampu memainkan peranan berkesan.

Menurut Noh, antara faktor itu termasuk pembanguna­n dan pengurusan modal insan dalam negara yang menghadapi isu negara menua dan penyediaan perkhidmat­an cemerlang kepada rakyat.

Katanya faktor lain termasuk masalah kekurangan sumber terutamany­a kewangan, adaptasi kepada peningkata­n kecekapan dan melestari daya saing, peruba- han persekitar­an dan harapan rakyat, urbanisasi mampan dan ledakan arus teknologi maklumat serta Revolusi Industri 4.0.

Antara isu yang dibangkitk­an pada Sesi Aspirasi TN50 bersama PBT itu adalah gejala sosial di perumahan strata kos rendah dan isu penyelaras­an akta dan undang-undang berkaitan PBT antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia