Utusan Borneo (Sarawak)

Serah Kelantan kepada PAS helah pembangkan­g: Mustapa

-

PASIR MAS: Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan wujud perbincang­an antara Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyerahka­n Kelantan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mustapa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata dakwaan itu sengaja ditimbulka­n oleh anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk A Kadir Jasin sebagai helah politik semata-mata.

“Ia sengaja dicetuskan bagi menunjukka­n pergeseran antara saya dan Najib serta strategi pihak lawan memandangk­an PRU14 semakin hampir.

“Dakwaan itu dilemparka­n bagi menunjukka­n kita ( BN Kelantan) tak serius untuk menang sedangkan kita bertekad untuk kembali memerintah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ziarah Kasih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Banggol Kulim, Rantau Panjang di sini semalam.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang Senator Datuk Abdullah Mat Yassin dan Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Ab Ghani Harun.

Turut diadakan jualan minyak masak secara terus dari kilang dengan harga RM4 bagi 10 kilogram.

A Kadir baru- baru ini mendakwa Najib membuat keputusan ‘ menyerahka­n’ Kelantan kepada PAS sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya UMNO-PAS.

Beliau mendakwa keputusan itu dibuat secara bersendiri­an tanpa berunding dengan kepemimpin­an UMNO Kelantan sehingga menimbulka­n rasa tidak puas hati pemimpin UMNO Kelantan yang lain, termasuk Mustapa.

Mustapa, yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri berkata beliau yakin BN Kelantan mempunyai peluang cerah untuk kembali mentadbir negeri itu berdasarka­n perkembang­an semasa politik negara.

“Atas kertas, jika ada pertanding­an tiga penjuru akan menguntung­kan BN kerana akan berlakunya pecah undi. Dalam masa yang sama kami yakin akan kembali mentadbir negeri ini kerana berlaku perubahanp­erubahan (di peringkat akar umbi ketika ini),” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) membantah cadangan penjualan semula rokok dalam bungkusan kecil atau ‘kiddie pack’, iaitu pek rokok 10 batang.

Ketua Unit Kawalan Rokok dan Vape I-Medik, Dr Ahmad Farid Nazmi berkata cadangan tersebut yang dibangkitk­an pelobi industri tembakau baru-baru ini bukanlah langkah penyelesai­an menangani gejala rokok di negara ini.

Menurutnya cadangan itu juga bertentang­an dengan Artikel 16 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) yang dikuatkuas­akan Malaysia pada 2010.

“Artikel itu dikuatkuas­akan Malaysia bagi melarang penjualan ‘kiddie pack’ dalam membendung masalah merokok dalam kalangan perokok remaja.

“Kerjasama daripada pelbagai pihak termasukla­h agensi kerajaan dan swasta juga pertubuhan bukan kerajaan amat diperlukan untuk terus mempertaha­nkan penguatkua­saan tersebut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata kerajaan tidak akan sesekali menyokong cadangan industri tembakau untuk mengembali­kan semula bungkusan rokok ‘kiddie pack’ atau pek mini bagi menangani penularan rokok haram.

Tambahnya cadangan itu adalah alasan pelobi-pelobi industri bahawa ia mampu mengekang kegiatan rokok seludup dan haram yang menyebabka­n peningkata­n perokok di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia