Utusan Borneo (Sarawak)

Azahari mulakan perniagaan bulan depan hasil bantuan pelbagai pihak

-

PUTRAJAYA: Azahari Ibrahim, bapa kepada 11 anak yang kisahnya berdepan kesukaran menjadi tular baru- baru ini merancang memulakan perniagaan percetakan bulan depan.

Beliau berkata wakil khas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek datang bertemunya beberapa hari lepas bagi menawarkan bantuan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) untuk memulakan perniagaan itu.

“Saya menyambut baik tawaran itu, apatah lagi perniagaan tersebut merupakan bidang yang saya arif dan ceburi sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Datuk Paimuzi Yahya di rumahnya di Presint 14 di sini semalam.

Azahari, 49 dan isteri Sharifah Suraya Syed Hussin, 40, berhadapan kesukaran apabila premis perniagaan beliau di Presint 9 di sini musnah terbakar dua tahun lalu dan seorang daripada 11 anaknya menghidap kanser.

Selain TEKUN, beliau juga menerima tawaran daripada beberapa syarikat swasta yang sedia membantuny­a memulakan semula perniagaan tersebut, katanya.

“Jika berjalan lancar, perniagaan yang memerlukan kos permulaan kira- kira RM10,000 itu akan dimulakan pada pertengaha­n Februari depan,” katanya.

Sementara itu, Paimuzi berkata pihaknya terdorong untuk menziarahi Azahari selepas mengetahui mengenai nasib malang keluarga tersebut.

Selepas berita itu tersebar, katanya MAIWP cawangan Putrajaya bertindak segera menziarahi keluarga Azahari pada 15 Jan lepas dan siasatan pihaknya mendapati tanggungan keluarga itu meningkat susulan kehilangan punca pendapatan, kelahiran cahaya mata kembar dan masalah kesihatan anak mereka.

Paimuzi berkata MAIWP juga dalam proses menyalurka­n bantuan kewangan bulanan, bantuan perubatan dan bantuan am persekolah­an kepada anak-anak pasangan itu yang bersekolah. — Bernama SINTOK: Memperkasa­kan kemahiran keusahawan­an dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini menjadi antara agenda utama Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan yang menciptaka­n peluang pekerjaan pada masa depan.

Ketua Setiausaha kementeria­n itu Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata untuk itu satu daripada usaha yang dilakukan kementeria­nnya adalah dengan mengambil langkah agresif menjalin kerjasama bersama Alibaba Business School bagi melaksanak­an program Global E-Commerce Talents (GET) ‘Train the Trainer’ dalam usaha mendedahka­n ilmu industri e-dagang global secara lebih mendalam kepada peserta.

“Kursus pertama Siri 1/2018 ini merupakan kolaborasi UUM (Universiti Utara Malaysia) dan Alibaba. Untuk program ini kita fokus untuk pensyarah universiti. Di samping itu, dalam memastikan pelajar juga turut terlibat dalam keusahawan­an ini, seramai 30 mahasiswa kita akan berlepas ke China pada Sabtu ini.

“Mahasiswa ini akan berada selama seminggu di sana bagi mengkaji mengenai digital ekonomi di China yang akan dipimpin oleh Alibaba. Kerajaan akan memastikan agenda ini disebar luas kepada pelajar supaya mereka mencipta peluang pekerjaan dan bukan mencari pekerjaan selepas mereka tamat pengajian nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program GET di UUM di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Presiden Alibaba Group Brian Wong dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Selain itu, Noorul Ainur berkata beliau juga akan berbincang dengan Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh mengenai keperluan menyediaka­n sijil pengiktira­fan daripada Alibaba kepada peserta yang terlibat dalam semua program keusahawan­an e-dagang yang dikendalik­an oleh Alibaba Business School di institusi pengajian tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia